Sedia beri kerjasama kepada SPRM - Nik Aziz
Oh! Krai Utara
Nik Abdul Aziz berkata, SPRM boleh membuat pemeriksaan sekiranya mereka tidak berpuas.
“Selagi dia (SPRM) tidak puas hati dia pergi la. Tak ada apa. Tapi jangan sampai menyusahkan orang. Berkali-kali, berkali-kali pergi (ke PMBK). Susahkan orang, orang jadi tertekan.
“SPRM boleh periksa sekiranya mereka ada bukti. Saya bagi 25 jam. Kalau tak ada bukti, nak pergi sahaja, mana boleh setuju. Saya tak ada apa sekiranya dia nak periksa Ariffahmi (Ketua Pegawai Eksekutif PMBK) asalkan ada bukti,” katanya kepada pemberita ketika ditanya kunjungan pegawai SPRM ke pejabat PMBK, kelmarin.
Kelmarin, Pejabat Perbadanan Menteri Besar (PMBK) dikunjungi empat pegawai SPRM untuk kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu namun tidak diketahui apakah motif sebenar kehadiran mereka.- Sinar Harian
0 ulasan:
Catat Ulasan