Pakej Umrah : Ajaran Tok Guru

Oh! Krai Utara

Share



Gomo Kelate Gomo!!! Itulah laungan keramat yang bakal mengamitkan muka Stadium Bukit Jalil Sabtu ini. Ya, Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir bagi merebut juara Piala Malaysia bagi musim ini. Syabas diucapkan kepada pasokan Kelantan dan Negeri Sembilan di atas kejayaan mara ke akhir.


Apa yang penting di sini ialah, semangat kesukanan yang tinggi akan melahirkan suatu mekanisma yang cemrlang. Semangat kerjasama dan kerja berpasukan merupakan paksi kepada kejayaan ini. Syabas pada semua jentera yang terlibat.

Betapa hebat Tok Guru Nik Aziz, Menetri Besar Kelantan ini, dimana Kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya menghadiahkan Pakej Mengerjakan Umrah kepada semua pemain dan jentera pasukan Kelantan. Disamping suntikan kewangan kepada jurulatihnya, serta sedikit wang saku kepada mereka bagi mengerjakan umrah nanti.

Jika kita fikirkan, alah...tok guru bagi pakej umrah ja...tak bagi ke lot-lot tanah ke, pakej pelancongan ke. Itu lah yang selalu diperolehi oleh pemain-pemain bolasepak di negara kita.

Tapi jangan kita lupa, Kerajaan Kelantan memberikan sumbanagn tersebut sebelum perlawanan akhir bermula lagi. Maknanya, jika pasukan Kelantan tewas sekalipun, mereka tetap akan ke Tanah Suci Kota Mekah unutk mengerjkan umrah. Apa pengajrannya di sini?

Ajaran Tok Guru kita cukup indah, cukup beralasa, malah cukup berbisa jika kita perati dan amati betul-betul. Tok Guru nak dalam apa jua yang kita lakukan, biarlah perbuatan kita, pekerjaan kita tu menghalakan kita ke arah syurga, biarlah setiap apa yang kita lakukan itu, memperolh pahala. Dan yang paling utama, setiapa kejayaan yang kita perolehi, jangan sesekali kita lupakan Yang Maha Pencipta kita, Allah SWT.

Itulah ajaran Tok Guru selama dia mentadbir Negeri Kelantan ini. Alhamdulillh, kita semua berada di bawah kepimpinan tok guru. Hmm... Kerajaan Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Hadiah yang diberikan sungguh bermakna sekali. Kerajaan boleh je jika nak bagi duit, nak bagi pergi melancong ke mana-mana. Tetapi Tok Guru kita ni, hendakkan supaya rakyatnya mengunjungi Baitullah. Mahukan supaya kita semua merafak kesyukuran kepada Allah. Segala urusan dunia nih, perlu merujuk kepada landasan Allah.

Jika kita diberi pakej2 pelancongan ke mana-mana destinasi yang memungkinkan kita untuk lalai dari meningati Allah, maka segala kejayaan kita, segala penat lelah kita, hanya sia-sia sahaja. Wah, sungguh murni ajaran Tok Guru. Mungkin akan dapat dicontohi oleh semua menteri besar di negeri-negeri di Malaysia.

Hmmm...saya suka menarik suatu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan lama melalui chatting. Katanya, dia terkilan dengan sikap pengurusan pejabatnya yang membawa staf2nya melancong ke Phuket sebagai hadiah setelah selesai mengadakan suatu majlis yang besar. Hmmm..baguslah, ada jugak bos yang suka bawa anak buahnya berjalan-jalan.

Tetapi lain halnya di sini apabila tempat lawatannya ke tempat-tempat maksiat, tempat yang dilaknat oleh Allah Taala. Itu yang silapnya kita nih. Kononnya setelah penat buat kerja memeriahkan majlis tersebut, sekarang tiba masanya untuk bergembira, 'release tention' lah katakan.

Ada juga sesetengah jabatan, pergi ke Pulau Perhentian untuk bersuka ria. Tak ada kerja lain, makan, tidur, suka ria. Masya Allah!!! Amat malang sekali jika perka ini berlaku di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. saranan Tok Guru lagu lain, tetapi perbuatan para pegawainya tidak selari dengan apa yang disarankan oleh Tok Guru. Subahanallah!!!.

Diceritakan lagi, bahawa tempat yang dikunjungi itu, penuh dengan maksiat, minum arak, dan pelabgai lagilah. Malu, jijik kita mendegarnya. Macam mana jabatan kita nak maju? Nak untung? Dah akhlak para pegawainya tidak selari dengan apa yang Allah nak. Saya sungguh-sungguh kecewa mendengarnya.

Tok Guru ajar kita dengan elok, bagi pergi umrah supaya kita semua ni mengenal Islam itu dengan lebih mendalam. Jika kita kumpul duit sekalipun, tentu sukar untuk kita ke sana mengerjakan umrah kan? Tetapi Tok Guru menlihat, pergi buat umrah lebih besar dari pergi ke Phuket, Pulau Pehentian yang penuh dengan noda dan maksiat!!!.

Syabas Tok Guru. Membangun Bersama Islam. Gomo Kelate Gomo!!! Takbir



emel oleh : mr president

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...