LATAR BELAKANG KUALA KRAI

Oh! Krai Utara

Share Sejarah Awal
Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.
Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.
Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.
Kedudukan Geografi
Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.
Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-

 Jajahan
Keluasan
Kelantan
1,492,200Hek/14,922km2
Kuala Krai
222,500Hek/2,329km2
 Sumber : UPEN

Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli.

Ketinggian mengikut keluasan adalah sepertimana berikut :-
Ketinggian
Keluasan(Hek)
Kurang 150
192,189
151 - 130
14,250
306 - 915
23,250
Lebih 916
6,000
Sumber:  Laporan Pelan Struktur.
Daerah Penggawa

Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35 buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung. Maklumat adalah seperti berikut :-
Bil
Daerah
Luas
(KM2)

%
Keluasan

Bil.
Mukim

Bil.
Kampong

1
 Dabong
844.5
36.3
5
27
2
Olak Jeram
757.6
32.5
10
67
3
Batu Mengkebang
726.9
31.2
20
122
JUMLAH
2329.0
100.0
35
216
Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.

DAERAH
BATU MENGKEBANG


DAERAH
OLAK JERAM


DABONG

*
Mukim Batu Balai
*
Mukim Batu Jong
*
Mukim Batu Lada
*
Mukim Bedal
*
Mukim Chenulang
*
Mukim Enggong
*
Mukim Guchil
*
Mukim Kenor
*
Mukim Sungai Durian
*
Mukim Keroh
*
Mukim Mengkebang
*
Mukim Kuala Nal
*
Mukim Kuala Pertang
*
Mukim Mambong
*
Mukim Pahi Barat
*
Mukim Pasir Kelang
*
Mukim Sri Kenangan
*
Mukim Telekong
*
Mukim Temalir
*
Mukim Tualang



*
Mukim Chuchoh Puteri
*
Mukim Gajah Barat
*
Mukim Gajah Timur
*
Mukim Lata Rek
*
Mukim Manek Urai Selatan
*
Mukim Manek Urai Utara
*
Mukim Manjor Selatan
*
Mukim Manjor Utara
*
Mukim Peria
*
Mukim Sungai Sam



*
Mukim Kandek
*
Mukim Kuala Gris
*
Mukim Pergau
*
Mukim Kuala Stong
*
Mukim Serasa
Jumlah penduduk Jajahan Kuala Krai mengikut bancian tahun 2004 ialah seamai 163,952 orang dan pecahan mengikut kaum dan unjuran adalah sepertimana berikut :-
Kaum
1990
%
1995
%
2000
%
2004
%
Melayu
92,916
91.4
110,246
90.9
130,810
90.9
149,018
90.8
Cina
5,685
5.6
7,282
6.0
8,657
6.0
9,862
6.0
India
2,650
2.6
3,364
2.7
3,990
2.8
4,545
2.7
Lain-Lain
354
0.4
121,339
0.4
463
0.3
527
0.3
Jumlah:
101,605

121,339

143,920

163,952

Sumber: (*) Unjuran atas kadar pertumbuhan 3.48% setahun
 (**) Maklumat daripada UPEN Kelantan.


Purata kepadatan penduduk ialah 15 orang/Km2 atau 39 orang per satu batu dengan kadar pertumbuhan tahunan ialah 3.48%. Nisbah jantina agak seimbang di mana ada 102 lelaki bagi setiap 100 wanita. Pada tahun 1990 terdapat seramai 50,295 orang. Taburan mengikut umur bagi tahun 1995 adalah sepertimana berikut :-

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...