Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke 5: 13 pasukan terima jersi

Oh! Krai Utara

Share KOTA BHARU- Setelah tamat kejohanan liga di peringkat DUN dan Parlimen, kini bermulalah pula giliran rakyat Kelantan menyambut kemeriahan Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru kali ke 5.

Kesemua 13 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut menerima sumbangan satu set jersi setiap pasukan setelah berjaya mewakili kawasan Parlimen masing-masing.

Sumbangan jersi daripada Kerajaan Negeri Kelantan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Pasukan yang menerima sumbangan tersebut ialah Pasir Mas, Ketereh, Jeli, Rantau Panjang, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Gua Musang, Pasir Puteh, Kuala Krai, dan Kubang Kerian.

Abdul Fatah Mahmood berkata, Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru merupakan kesinambungan daripada liga DUN dan Parlimen yang diadakan sebelum ini.

“Sukan bola sepak diminati ramai sebab itulah pihak penganjur kejohanan mengadakan Piala Tok Guru sebagai acara penutup setiap tahun dan kejohanan ini merupakan satu semangat buat belia di Kelantan.

“Tahun lepas kejohanan ini tidak diadakan ekoran pilihan raya dan kini banyak pasukan yang lebih hebat mengambil bahagian. Saya berharap agar kesemua pasukan dapat berusaha untuk merangkul piala tahun ini dengan kaedah dan pendekatan yang lebih memberangsangkan,” katanya.

Pada tahun yang lalu, hanya 424 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan di peringkat DUN, Parlimen dan Piala Tok Guru tetapi tahun ini sebanyak 630 pasukan seluruh negeri Kelantan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

“Pihak penganjur kejohanan bercadang pada tahun hadapan� untuk menaik taraf Piala Tok Guru dengan membuka penyertaan kepada pasukan luar yang berminat untuk mengambil bahagian.

“Selain itu sebagai tanda penghargaan belia dan rakyat Kelantan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengadakan Temasya Sukan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad ke-1V pada 12 hingga 13 November akan datang,” katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada kesemua pasukan dan pemain yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru. Selain itu beliau berharap agar kesemua pemain dapat bermain dengan bersungguh-sungguh dan diharap kesemua penonton memberikan kerjasama dan sokongan kepada pihak pengurusan kejohanan.

Katanya, beliau turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) atas kejayaan pasukan Red Warrior’s musim ini.

“Saya doakan kejayaan pasukan Red Warrior’s di perlawanan suku akhir dan berharap agar pasukan Kelantan bakal menjuarai Piala Malaysia tahun ini dan seterusnya ke mercu kejayaan,” katanya.-sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...