Pemuda UMNO Gesa Nik Aziz kota saranan tidak serang peribadi
Oh! Krai Utara
KOTA BHARU - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengotakan saranannya kepada jentera Pas supaya tidak bertindak kasar, tidak menyerang peribadi serta tidak menggunakan kata-kata kesat semasa berkempen atau berceramah.
Ketua Biro Agama Per-gerakan Pemuda UMNO Ma-laysia, Mohd Afandi Yusoff berkata, gesaan itu dibuat berikutan ia menjadi saranan setiap kali pilihan raya namun sehingga kini ia tidak diaplikasikan oleh Nik Abdul Aziz sendiri.
Beliau berkata, sebagai contoh pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai, nasihat seumpama itu dikeluarkan Nik Aziz, tetapi akhirnya beliau sendiri mengeluarkan tuduhan dan kecaman bahawa penyokong UMNO tidak masuk syurga, UMNO komunis, penyokong UMNO ajaran sesat ayah Pin, sekular dan sebagainya.
Menurutnya, tindakan Nik Abdul Aziz ini ibarat ‘ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus’ dan sebagai seorang yang menggelar dirinya ulama atau Tok Guru tidak sepatutnya bermain silap mata sedemikian rupa.
Katanya, kalaulah Nik Abdul Aziz mengatakan perjuangan Pas adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesama Muslim?
“Apa yang dilakukan oleh Pas ini menggambarkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam mengajar umatnya bergaduh sesama sendiri.
“Betapa buruk gambaran yang diberi khususnya dalam soal perebutan kuasa, menyebabkan orang-orang yang berminat atau bercita untuk memeluk agama Islam, tertanya-tanya dan terkilan, inikah ajaran yang dibawa Rasulullah?” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, lebih menghairankan golongan ini ialah, orang Islam UMNO yang seagama diserang habis-habisan, manakala orang kafir DAP dipuji, didakap dan dipertahankan secukupnya.
“Pas sepatutnya lebih mementingkan umat Islam UMNO daripada bersekongkol dengan orang kafir yang menentang agama Allah dan Rasulullahnya seperti DAP. Lebih-lebih lagi membela dan mempertahankan setiap kebatilan yang dilakukan oleh DAP.
“Contohnya isu mempertikaikan azan, skandal seks Exco, menghina agama Islam, menghina sultan, menghalang sekatan jualan arak kepada orang Islam dan sebagainya,” katanya.
Mohd Afandi berkata, dalam sejarah Islam, tiada sebarang nas yang membenarkan umat Islam menyerang sesama Islam.
“Tetapi pelbagai perbuatan jahiliah seperti kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah dan hina-menghina dilakukan oleh pemimpin Pas dengan kebenaran daripada Nik Aziz,” katanya.-sinar harian
0 ulasan:
Catat Ulasan