Bagan Pinang : Bekas tentera dakwa tidak tahu ada undi pos
Oh! Krai Utara
Malakan Kamaruddin, 72, (gambar) yang bersara pada 1985 ketika bertugas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, beliau tidak tahu anggota tentera berhak mengundi secara pos.
Beliau yang mula berkhidmat pada 1958 berkata, anggota bawahannya juga tidak mengetahui mengenai undi pos.
“Memang nama saya ada (dalam undi pos) tetapi saya dan rakan lain tidak pernah mengundi selama berkhidmat dalam tentera,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bongek, Rembau, semalam.
Malakan mempersoal kewajaran Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Pertahanan, membenarkan wakil parti bertanding berada semasa proses pengundian dan pengiraan.
“Adakah ia dilaksanakan secara adil dan telus? Saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah,” katanya.-www.sinarharian.com.m
0 ulasan:
Catat Ulasan