4,000 katak gagal diseludup
Oh! Krai Utara
Serbuan kira-kira jam 10 pagi yang diketuai Koperal, Shafieai Tukiman bersama tiga anggota bertugas melakukan peme riksaan selepas memperoleh maklumat daripada orang awam yang menyatakan terdapat kegiatan yang mencurigakan dalam bot berkenaan.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wilayah Satu (1) Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Marzuki Ismail berkata, pemeriksaan di badan bot menemui 27 bakul plastik.
“Kesemua bakul berkenaan ditutup dengan kain kanvas dan pemeriksaan di dalam bakul itu menemui hampir 4,000 katak pelbagai saiz yang dianggarkan bernilai RM4,000.
“Kita percaya mereka menggunakan bot itu bagi menyeludup masuk haiwan liar tanpa permit berkenaan dengan bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa kerana bot seperti itu biasanya membawa muatan sayur seperti kobis,” katanya pada sidang media Markas Gerakan Marin Pulau Indah di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, katak tersebut diseludup masuk ke per airan negara dipercayai untuk dijadikan makanan ikan Arowana selain turut dijadikan umpan kaki pancing.
Marzuki berkata, semasa serbuan itu dilakukan di dalam bot berkenaan, terdapat seorang tekong bot bersama 14 awak-awak berusia dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun.
“Kesemua mereka memiliki rekod perjalanan yang sah, namun tekong bot yang berusia 45 tahun itu ditahan kerana kesalahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72,” katanya.
Dalam pada itu katanya, sepanjang tahun ini sehingga semalam, sebanyak 280 kes pelbagai kesalahan direkodkan di seluruh perairan Selangor antaranya, penahanan pendatang asing, penyeludu pan dan perdagangan manusia.
“Bagi penyeludupan haiwan liar, rampasan katak adalah kali kedua manakala yang pertama pula cubaan menyeludup burung murai pada awal tahun ini,” katanya.-sinar harian-
0 ulasan:
Catat Ulasan