YDP Kuala Krai beri sumbangan lanjut pelajaran ke Mesir

Oh! Krai Utara

Share

KUALA KRAI – Bagi meringankan beban kewangan seorang pelajar, Sharifah Syed Safian yang bakal melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah, Ahli Dewan Un-dangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pelajar berkenaan dekat sini, semalam.

Abdul Latiff berkata, sumba-ngan adalah untuk menampung perbelanjaan Sharifah yang dijangka berangkat hari ini ke sana dan tiba keesokan harinya.

Menurutnya, adalah satu kebanggaan bagi warga Kuala Krai apabila setiap tahun semakin ramai anak-anak kawasan ini berjaya dalam pelajaran dan melanjutkan pengajian peringkat tertinggi di luar negara.

“Sebagai anak Kuala Krai saya merasa bangga atas kejayaan anak-anak muda di sini yang setiap tahun bilangan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah semakin ramai.

“Kita bersyukur kerana kesedaran mereka semakin tinggi untuk mereka mengejar ilmu dunia dan akhirat seiring dalam membentuk sebuah generasi yang berilmu dan bertakwa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pelajar mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam apa juga bidang sekalipun, perihal akhirat tidak boleh diletak ke tepi dan perlu seiring dengan pembelajaran ilmu kemahiran mereka.

Katanya, peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional adalah satu peluang untuk beribadat dan memanfaatkan ilmu itu ke jalan benar.

“Saya berharap pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dalam tempoh terdekat ini akan sentiasa mengingati asal- usul mereka dan tidak melupakan tujuan mereka menuntut ilmu.

“Jangan mudah terpe-ngaruh dengan anasir luar dan anda perlu pulang untuk berbakti kepada tanah air suatu hari nanti,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, Sharifah bakal melanjutkan pelajarannya ke Universiti Tanta, Mesir dalam bidang perubatan akan memulakan sesi pengajiannya pada 11 Oktober ini.-sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...