Wahai Indonesia , kita bukan lagi bangsa yang serumpun agaknya.

Oh! Krai Utara

Share

encikbeliau.com

Betapa baiknya Malaysia!

Walaupun di gasak dan dikecam oleh media indonesia , Malaysia masih lagi cool dan tidak terburu-buru melenting seperti mereka.Nah! Kesabaran Malaysia sekali lagi diuji gara-gara isu Ambalat dan Tarian Pundek Pendet.Dengan biadapnya,Jalur Gemilang yang kita cintai dibakar oleh mereka dengan sewenang-wenangnya.Oh! Betapa baiknya Malaysia.Pemimpin kita masih lagi cool.

Kini , keselamatan rakyat malaysia yang terdiri daripada pelajar dan pekerja menjadi taruhan.Indonesial ( Kumpulan yang mencetuskan provokasi kepada malaysia ) menggiatkan gerakan provokasi ‘ Sapu Orang Malaysia ‘ di Jalan Diponegoro, Jakarta dengan buluh runcing.Masih ingat lagi ‘ Ganyang Malaysia but Save Siti Nurhaliza ‘ ? Sungguh memalukan.Busuk dan menjijikkan.

Entah apa yang hendak dilakukan oleh mereka.Semoga Allah menjaga keselamatan mereka di sana.

Terbaru pada hari ini , akhbar melaporkan Pemerintah Indonesia tidak akan memperbaharui pasport rakyatnya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia yang menerima gaji di bawah RM600.Ramai sudah tahu permintaan mereka yang mahukan gaji minimun adalah RM800.Wah! Sudah diberi betis , mahukan peha pula.Sungguh tidak mengenang budi langsung.Jika inilah yang dimahukan oleh pemerintah indonesia , lebih baik peluang pekerjaan pembantu rumah di beri kepada rakyat malaysia sendiri.Buat apa kera dihutan disusukan sedangkan anak sendiri mati kelaparan.

Mesti ada yang perasan , media malaysia juga terlalu baik hati.Setakat ini , media malaysia tidak pernah membuat sebarang provokasi seperti yang dilakukan oleh media indonesia.Kecuali radio-radio tempatan yang masih lagi tanpa segan silu menyiarkan lagu-lagu dari negara indonesia yang entah apa-apa.Tidak sensitifkah dengan isu semasa ? Hebat sangatkan lagu indon itu ?

Sungguh tidak mengenang budi

Apa yang ada di indonesia ?

Cuba explain sikit.

Dengan kadar kemiskinan yang tinggi memaksa rakyat mereka datang ke malaysia dengan pelbagai cara.Ada yang masuk dengan menipu pasport, menyamar sebagai orang sabah dan mencuri identiti rakyat malaysia.Ada pula yang sanggup datang dengan bot pancung. Yang berjaya sampai ke darat, yang tidak berjaya berapa ramai yang mati di tengah laut.. Mereka ini sanggup menyorok dalam hutan bakau beberapa hari, di tepi pantai sebelum di pungut oleh tekong-tekong darat. Ada yang di tahan Imegresen beberapa kali dan dihantar pulang secara PERCUMA tapi datang lagi dan tidak serik-serik.

Betapa hebatnya sebuah negara yang bernama Malaysia.Peluang pekerjaan begitu banyak di negara kita.Begitu susahnya mereka datang nak mencari makan di negara ini tetapi bila silap sikit tunjuk perasaan disana sini, di depan Kedutaan kita di Jakarta. Seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada mereka.Lupakah mereka dengan bantuan kemanusian Tsunami , mengawal kebakaran hutan di kalimantan.Itu semua mereka tidak ingat , yang mereka tahu adalah kita lah yang bersalah seolah-olah mereka itu bangsa yang agung.

Segala sumbangan yang kita beri langsung tidak dihargai. Ini pula balasan kurang ajar mereka kepada Malaysia.Sesetengah rakyat Indonesia memang bangsa yang tidak mengenang budi.

Kita bukan lagi bangsa yang serumpun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...