PR Kedah akan Tumbang Ada lagi ADUN isytihar Bebas - Datuk Abdul Aziz

Oh! Krai Utara

Share KULIM - Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yakin akan ada beberapa lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini yang akan meninggalkan pakatan untuk mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas. “Bukan Mohd Radzi (Mohd Radzi Salleh, ADUN Bebas kawasan Lunas) saja yang meninggalkan pakatan. Saya yakin selepas ini akan ada lagi, termasuk ADUN Pas,” katanya ketika ditemui pada majlis bersahur bersama kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini, awal pagi kelmarin. Abdul Aziz berkata, sekarang ADUN PR semakin sedar bahawa perjuangan yang dibawa selama ini hanya sia-sia dan hanya UMNO dan BN sahaja yang mampu membawa perubahan terhadap negara ini. “Mereka sudah lihat banyak bukti kegagalan PR memerintah setelah diberi peluang di beberapa negeri termasuk Kedah. Sebab itu, saya percaya ramai yang akan tinggalkan pakatan. Mereka sudah lihat bukti kerajaan PR cakap tidak serupa bikin,” katanya. Diminta mengulas mengenai isu Mohd Radzhi didesak oleh pihak tertentu supaya mengosongkan kerusi itu setelah beliau mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Aziz berkata, tindakan Mohd Radzhi mengisytiharkan dirinya sebagai Wakil Rakyat Bebas adalah bijak dengan meninggalkan perjuangan bersama PKR yang sia-sia. “Tindakan beliau meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas adalah satu keputusan bijak. Dia hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR dan beliau tidak seharusnya mengosongkan kerusi DUN Lunas kerana Mohd Radzhi masih berhak memegang jawatan ADUN Lunas sehingga Pilihan Raya ke-13 dan ini jelas termaktub dalam undang-undang dan Perlembagaan. Menurutnya, sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) telah membuat pelbagai tohmahan dan menidakkan keputusan Kerajaan Pusat sehinggalah mereka mentadbir beberapa negeri. “Apa yang dapat dilihat, PR gagal memenuhi kehendak rakyat dan menuju kemunsahan. PKR ditubuhkan diatas rasa kecewa beberapa pemimpin UMNO terhadap terhadap parti. Penubuhan mereka ini penuh dengan rasa benci berbanding UMNO yang ditubuhkan dengan keikhlasan, perjuangan dan penuh kasih sayang. PKR melaungkan reformasi tetapi apakah perubahan yang telah dibuat terhadap rakyat? Setiap permasalahan yang timbul dalam UMNO boleh diselesaikan dan kita harus memberikan khidmat yang cemerlang kepada seluruh rakyat di negara ini,” katanya. Menurutnya, perjuangan yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ikhlas dan hanya mengelirukan rakyat. Beliau mendakwa, Anwar tidak ikhlas dalam menyatupadukan rakyat dan berjuang hanya atas kepentingan dirinya sendiri. “Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi orang nombor dua di Malaysia. Apa yang diperjuangkannya selama ini bersama PR boleh dilakukan ketika beliau bersama Barisan Nasional(BN) dahulu kerana ketika itu dia menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan tetapi mengapa dia tidak lakukan. Mengapa setelah menjadi pemimpin PKR, barulah beliau mahu melaungkan penyatuan dan menjaga hak serta kepentingan rakyat. Saya telah katakan PKR ditubuhkan atas rasa kecewa ahli UMNO. Bukan senang untuk menerajui sebuah negara. Apabila mereka berjaya, apakah sumbangan mereka kepada rakyat? Kedah contohnya tidak berlaku sebarang pembangunan. Yang mereka lakukan sekarang ini adalah menjalankan projek yang sebelum ini dicadangkan oleh UMNO dan BN,” katanya. Diminta mengulas isu Mohd Radzhi didesak mengosongkan kerusi DUN, Abdul Aziz berkata, itu tidak perlu http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story3944874.asp

3 ulasan:

  1. Unknown berkata...

    Boleh percaya ke berita dari Akbar Sinar Harian.Adakah Sinar Harian bebas dari campurtangan Umno.Tapi kita memang kena hati2.

  2. Telok Bakong berkata...

    he he provokasi"cerdik" tahap gaban dari UMNO, tapi apa pun kene berwaspada mereka banyak jentera yang membantu untuk merealisasikan mimpi gila mereka

  3. roslisalem berkata...

    ceh... ayat mcm budak baru abis SPM .. buta sangat ker rakyat malaysia ni..

    kunun DSAI boleh laksana idea masa dia jadi TPM.. apa punya ayat tu? satu dunia tgk DSAI kena belasah akibat nak laksanakan idea dia..

    entah la ..yang tua, yang muda..sama aja org umno ni, ayat mcm org dok dalam gua batu kapur, tak tahu apa-apa hal dunia luar..

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...