La Toya, Prince dipanggil untuk hidupkan semula MJ

Oh! Krai Utara

Share La Toya Jackson (kanan) dan Janet Jackson (kiri), berdiri di atas pentas bersama Paris Katherine Jackson (dua dari kiri) dan Prince Michael Jackson II, semasa upacara memperingati Michael Jackson di The Staples Center di Los Angeles pada 7 Julai 2009. - foto REUTERS LA Toya Jackson membuat pendedahan mengejutkan apabila memberitahu anak sulung Michael, Prince dipanggil ke dalam bilik supaya cuba membantu menghidupkan semula ayahnya. Dia membuat pengakuan itu dalam satu rancangan TV di Amerika jumaat lepas. Dalam temebual eksklusif itu, La Toya menjelaskan kepada pengacara rancangan, Barbara Walters bahawa dia terkilan apabila mendapati Prince Michael, 12, dipanggil ke dalam bilik untuk menghidupkan semula ayahnya. "Kenapa lakukan perkara itu terhadap kanak-kanak, lebih-lebih lagi setelah mengetahui Michael memang sudah tidak bernyawa lagi," kata La Toya dengan nada tidak puas hati. Butir-butir mengenai keadaan Michael beberapa jam sebelum kematiannya masih lagi samar dan ada laporan mengatakan anaknya telah dipanggil ke dalam bilik Michael selepas Raja pop itu tidak lagi sedarkan diri. Kematian Michael disahkan sebagai homisid, bagaimanapun menurut La Toya, keluarga Jackson tidak akan duduk diam selagi dalang disebalik kejadian tersebut dibawa ke muka pengadilan. "Ada yang tidak kena... ia bukan satu kemalangan, Michael memang sengaja dibunuh," katanya lagi.-mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...