KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI BAGAN PINANG - nobisha
Oh! Krai Utara
Malah, saya juga mengalu-alukan untuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat untuk berbincang mengenai bakal calon PAS di Bagan Pinang dan tidak menyerahkannya bulat-bulat kepada pucuk kepimpinan. Pemimpin tahu banyak perkara, tetapi mereka tidak tahu semua hal.
Bagaimanapun, akhir sekali apabila pucuk kepimpinan membuat keputusan, semua pihak harus mendokong keputusan itu tanpa syarat. Inilah resepi kejayaan dalam mana-mana pilihanraya. Saya tidak fikir semua calon Pakatan Rakyat adalah bersih dan bagus, sama seperti calon mana-mana parti politik lainnya.
Selagi manusia bernama manusia, maka selagi itulah dia ada kelemahan. Bagaimanapun, kekuatan penyokong Pakatan Rakyat ialah mereka akur kepada keputusan pucuk kepimpinan. Inilah yang harus dipelajari oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional.
Pun begitu, sementara penyokong-penyokong Barisan Nasional berdiskusi mengenai bakal calon Bagan Pinang, satu perkara yang ketara ialah mereka inginkan parti itu menang di situ. Atas semangat itulah agaknya, maka mereka begitu bersungguh-sungguh bersuara bagi memberikan cadangan kepada pemimpin parti. Ada sesetengah pendapat itu disuarakan secara agak emosional. Pastinyalah, ada pelbagai pendapat dan itu adalah perkara biasa.
Sekiranya penyokong-penyokong Barisan Nasional dapat mengenepikan perbezaan pendapat dan bersatu hati inginkan kemenangan, saya fikir niat parti itu untuk mempertahankan kerusi Bagan Pinang akan dapat dicapai.
Sekarang, terserahlah kepada penyokong-penyokong parti itu sama ada mereka inginkan kemenangan atau sebaliknya. Sekiranya mereka terus tembak-menembak sesama sendiri selepas pengumuman calon esok, maka usah salahkan sesiapa sekiranya Barisan Nasional menempa satu lagi kekalahan!
0 ulasan:
Catat Ulasan