Isu Tarian Pendet :BMB keluar ancaman

Oh! Krai Utara

Share BMB keluar ancaman mengenai Tarian Pendet TANGERANG - Sebuah pertubuhan nasionalis yang dikenali sebagai Barisan Muda Betawi (BMB) mengeluarkan ancaman untuk melakukan lebih banyak gangguan ke atas rakyat Malaysia berhubung isu Tarian Pendet. Pertubuhan tersebut membantah pendirian kerajaan Indonesia mengenai asal usul tarian Bali itu. "Kami akan segera melakukan serbuan ke atas rakyat Malaysia jika kerajaan tidak bertindak terhadap Malaysia," kata pengerusi BMB, Aai Samudra. "Secara jujur, kami mengutuk tindakan rakyat Malaysia yang menceroboh kedaulatan Indonesia," katanya. Pada minggu lalu, beberapa aktivis melakukan pemeriksaan di Jalan Diponegoro di Menteng, Jakarta Pusat, untuk mencari rakyat Malaysia. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menggesa semua pihak bertenang dan menghentikan aktiviti berbentuk ancaman. Beliau berkata, tindakan sedemikian bercanggah dengan undang-undang dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara.-sinar harian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...