Ibrahim Ali nyanyuk, bagai kacang lupakan kulit - Pemuda PAS Negeri Kelantan
Oh! Krai Utara
Ketuanya, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata Ibrahim Ali telah melampau dalam tindakannya apabila mendesak Nik Abdul Aziz meletak jawatan bersandarkan beberapa tanggapan salah beliau sendiri.
katanya, Ibrahim Ali seperti seorang yang berjalan di siang hari tetapi asyik mendongak kepala ke atas sehinggakan tidak nampak apa yang berlaku di sekelilingnya.
"Ibrahim Ali boleh melihat dengan mata kasar pembangunan yang berlaku di negeri ini,begitu banyak sekali pasaraya yang timbul,pembangunan fizikal mestilah selari dengan rohani, bagi beliau hanyalah mementingkan kebendaan sahaja" katanya lagi.
Pemerintahan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang, berjalan dengan baik dan tidak adapun pembangunan yang tergendala.
"Saya hairan mengapa beliau mempertikaikan kesihatan seseorang sedangkan itu semua datang dari Allah, lagipun sehingga hari ini kita masih lagi dapat bersama dengan Tuan Guru dalam pelbagai program dan hari ini beliau ke Gua Musang dan singgah di Kuala Krai untuk sama-sama meraikan majlis Aidil fitri ini"katanya lagi.
Menyentuh tindakan segera yang akan diambil oleh PAS Kelantan,Abdul Latiff berkata,peringkat awal ini, Pemuda PAS negeri menyerah sepenuhnya kepada Pemuda PAS Pasir Mas untuk mengambil langkah-langkah seperti turun ke peringkat akar umbi membuat bancian sejauh manakah sokongan rakyat di Pasir Mas menyokong Ibrahim Ali ini.
"Kita tidak akan mengikut rentak Ibrahim Ali ini yang seluruh rakyat negara ini sudahpun mengenali beliau yang suka merempuh apa sahaja di hadapan asalkan beliau dapat berdiri,kalau dulu dalam Umno pun kena tendang seumur hidupnya,menumpang pula di tangga PAS dan telah berikrar untuk bersama Tuan Guru tetapi kini beliau bukan sahaja tidak mengenang budi Tuan Guru malah telah menghina rakyat Pasir Mas sendiri"katanya lagi.
Sementara itu bagi Bendahari PAS Pusat,Dr.Mohd Hatta Ramli, tindakan Ibrahim Ali adalah keterlaluan tanpa mengambil kira sentimen rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Tuan Guru sehinggakan Pilihanraya ke 12 baru-baru ini PAS telah mencapai kemenangan besar di Kelantan dan ini juga hasil kebijaksanaan Tuan Guru dalam berpolitik dan mentadbir Kelantan.
"Paling tidakpun Ibrahim Ali seharusnya menghormati rakyat negeri ini dan tindakan beliau menghina Tuan Guru dengan panggilan yang tidak sewajar dikeluarkan kepada seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi amatlah dikesali."katanya lagi.
Sebelum ini kita lihat tindakan Ibrahim seolah-olah berunsur perkauman ketika perbahasan di Parlimen dan seperti tidak mengakui wujudnya masyarakat majmuk di negara ini sedangkan Tuan Guru begitu pintar dalam perjuangan untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan kita boleh lihat perpaduan kukuh antara kaum di Kelantan ini.
Manakala bagi Ketua Pemuda PAS Kuala Krai,Mahadi Mat Zain berkata keperibadian Ibrahim Ali dengan Mursyidul Am PAS adalah amat tidak setaraf.
"Pemuda PAS Kuala Krai mendesak Ibrahim Ali agar memohon maaf secara bertemu dengan Tuan Guru dan menarik balik perkataan nyayuk yang dituju kepada Tuan Guru" ujarnya.
Ibrahim Ali telah mengeluarkan sepuluh sebab mengapa Tuan Guru patut meletak jawatan dan telah menghina seorang tokoh ulamak,sedangkan dalam Islam sendiri telah menjelaskan amat berbeza seseorang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu.
"Saya yakin ilmu Ibrahim Ali dalam bidang keagamaan amatlah nipis jika dibandingkan dengan Tuan Guru dan sifat nyayuk sememangnya tiada dalam diri seseorang yang tinggi ilmu agamanya" katanya lagi.
Bagi Pemuda PAS Kuala Krai,Ibrahim Ali adalah seorang yang mempunyai sifat nyayuk kerana tidak sedar siapa diri beliau dan siapa yang membantu beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas.
"Ketika ramai rakyat negara ini memberi gelaran sebagai Katak Lompat amat tepatlah kerana tidak mempunyai parti yang diperjuangkan,seperti Umno,S46 dan Bebas dan jelaslah beliaulah yang nyayuk dan seharusnya meletak jawatan" ujar beliau lagi.
Dalam perkembangan lain,ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata pada tahun ini sambutan AidilFitri digabungkan bersama semua Dun dan Parlimen dengan menyembelih dua ekor lembu serta menyediakan satay, lemang,roti jala dan kuih muih. Lebih 3000 masyarakat Kuala Krai termasuk kaum India dan Tionghua telah menghadirinya.-harakah daily
11 April 2013 pada 3:12 PG
dia kena sedar dulu menang atas tiket pas....kalau tak kerana keizinan nik aziz, jangan harap nak bagi can..sama mcm bebas yg lain...rakyat undi parti..bukan undi calon....