Husam Musa:Surat khabar, tv jadi agen perkauman

Oh! Krai Utara

Share
GUA MUSANG – Surat khabar dan tv merupakan agen perkauman hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri lain tidak dapat dilaksanakan sepertimana Kerajaan Negeri Kelantan yang telah pun berjaya memerintah negeri itu sejak 1990 lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sentimen perkauman ini jelas dapat dilihat menerusi pembinaan rumah ibadah. Menurutnya, di Kelantan, kerajaan membenarkan kuil dibina di Jalan Hamzah untuk kaum India dan tidak ada permasalahan yang berlaku. “Surat khabar, tv, agen perkauman yang telah menyebabkan sentimen perkauman di negeri lain, sedangkan di Kelantan kuil dibenarkan dibina di Jalan Hamzah dan tidak ada masalah yang berlaku. “Orang Islam patut guna nasihat Kelantan yang pandai memerintah dan jujur dalam melaksanakan pemerintahan,” kata Husam ketika berucap pada ceramah Ghazwatul Badar, berhampiran Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di sini, selepas solat Terawih kelmarin. :Dalam pada itu, Husam turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak kuasa politik Melayu telah berkurangan di bawah kepimpinan kerajaan PR. Menurutnya, semua itu tidak benar memandangkan di bawah PRlah berlaku pertambahan kuasa politik Melayu. “Pada pilihan raya tahun 2004, terdapat 117 kerusi bagi orang Melayu. Pada tahun 2008 pula, terdapat 122 kerusi dan ini jelas menunjukkan berlaku lima pertambahan kerusi kuasa Melayu. “Lima kerusi terbabit diperolehi calon Melayu dari PR,” katanya. :Sementara itu, pada majlis yang sama, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nik Amar Abdullah berkata, umat Islam sepatutnya mengingati peristiwa Perang Badar yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah yang mana ia merupakan perang yang pertama dalam sejarah Islam. Menurutnya, peristiwa itu juga merupakan titik tolak bermulanya perkembangan dan kejayaan Islam dan patut dijadikan sebagai renungan kepada umat Islam hari ini. “Perang Badar banyak membawa kepada pembangunan tamadun. Umat Islam harus melihat perang ini dari pelbagai dimensi dan bukannya melihat Islam sebagai agama yang suka kepada perang," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...