Bagan Pinang: Pas tak akan lancar serangan peribadi, UMNO Gadai Kewibawaan.

Oh! Krai Utara

Share

Pas tidak akan melancarkan serangan peribadi terhadap Tan Sri Isa Samad yang diumumkan sebagai calon Umno-Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar bagaimanapun berkata Umno dan Isa harus terima hakikat bahawa isu kewibawaan seseorang calon dan parti sendiri akan menjadi fokus pada setiap pilihanraya.

" Ya bagi saya itu adalah hak UMNO dan Barisan Nasional dan saya dari awal saya katakan kita tidak akan membangkitkan soal-soal peribadi tetapi yang kita bangkitkan ialah soal integriti di bawah seseorang yang seharusnya mesti dilihat sebagai orang yang cukup bersih".

Sebelum ini, ramai pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad menggesa Presiden Umno Najib Razak memilih seorang calon yang bersih dari rasuah politik bagi mengembalikan kredibiliti parti itu di mata rakyat.

Bagaimanapun Najib memilih jalan selamat dengan meletakkan Isa untuk bertanding kerana beliau popular di kawasan itu sungguhpun kredibilitinya tercalar.

Isa disabit atas kesalahan merasuah perwakilan untuk pemilihan Umno pada tahun 2004 dengan menganjurkan pertemuan dengan perwakilan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.

Beliau dilucutkan jawatan naib presiden dan digantung selama tiga tahun. Tempoh itu berakhir pada Jun tahun lalu.

" Hari ini yang membangkitkan isu calon Isa ini bukan siapa tetapi dari bekas Perdana Menteri dan bekas presiden UMNO yang begitu kuat mengecam jika UMNO dan Barisan Nasional memilih calon Isa sendiri" tambahnya.

" Terpulanglah kepada rakyat sekarang ini apabila rakyat melihat bahawa selama ini UMNO-Barisan Nasional bercakap soal integriti, soal kredibiliti tetapi ternyata sekarang ini mereka memilih calon yang tidak mempunyai integriti dan kredibiliti yang tinggi. Dan saya melihat bahawa inilah masa yang terbaik untuk rakyat di Bagan Pinang ini untuk menolak Barisan Nasional kerana Barisan Nasional sudah tidak ada calon lagi". TVA-thinking of life

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...