Pengambilan Pelatih Baru Pusat Pembangunan Wanita Dun Mengkebang

Oh! Krai Utara

Share PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN MENGKEBANG - Pusat Pembangunan Wanita DUN Mengkebang akan membuat pengambilan baru pelajar bagi sesi novembar 2009. Pengambilan pelajar baru itu bagi mengisi kekosongan pelajar lama yang telah tamat kursus pada bulan oktober ini. Menurut Setiausaha Pusat Pembangunan Wanita DUN Mengkebang yang juga pengurus bengkel, Puan Isumiyyah Shafiee, pelajar yang berminat untuk belajar menjahit boleh ke Pejabat ADUN Mengkebang bagi mendapatkan borang pendaftaran. " Bagi surirumah atau wanita yang berminat mendalami kemahiran menjahit pakaian seperti baju kurung, kurung moden, pakaian melayu dan pakain kanak-kanak bolehlah mendapatkan borang dengan saya di pejabat DUN Mengkebang" katanya. "Amatlah rugi sekali jika peluang yang jarang didapati dengan harga yuran yang amat murah ini di sia-siakan oleh muslimat kita, jadi saya amat mengesyorkan agar mereka yang mempunyai minat dan tiada sebarang aktiviti yang berfaedah untuk memanfaatkanya dengan belajar menjahit di sini dengan cara itu kita dapat menambah pendapatan keluarga di samping menyahut anjuran islam agar sentiasa menuntut ilmu" tambahnya lagi. Sesi pengajian jahitan yang akan bermula bulan november itu hanya mengenakan kos pendaftaran sebanyak RM 15 sebulan sahaja di samping yuran daftar RM 30.00. Untuk makluman, bagi mengiktiraf dan menghormati penguasaan seseorang pelajar terhadap disiplain ilmu yang dikuasainya maka sijil pengajian di keluarkan oleh Urusetia Pembangunan Wanita Kelantan. Sijil tersebut di keluarkan setelah pelajar dinilai terampil melalui ujian amali atau praktikum serta ujian berasaskan teori (bertulis). Kraiutara di fahamkam para pelajar akan di ajar bagi menguasai asas jahitan sehingga mereka akan dapat menguasai sepenuhnya kemahiran jahitan. Antara subjek pembelajaran ialah menjahit baju kemeja, baju kurung, kurung moden, pakaian kanak-kanak, smacking, slack dan skirt. Di samping itu juga bagi memperkasakan lagi kegiatan PPWK DUN, Puan Isumiyyah berkata PPWK ada menerima tempahan dari pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan baju sekolah, baju PASTI, Jilbab (tudung labuh) dan juga pakain dalam wanita. Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian : 013-985 2756.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...