Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur gesa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pantau pasaraya besar jual arak

Oh! Krai Utara

Share

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur

Kenyataan Media (27 Ogos 2009) JUALAN ARAK SECARA TERBUKA: MBI PERLU PANTAU PASARAYA BESAR Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) menggesa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai Pihak Berkuasa Tempatan memantau pasaraya-pasaraya besar tentang tatacara penjualan arak yang dilihat secara terbuka amat dikesali. DPPK IT telah membuat tinjauan di pasaraya-pasaraya besar sekitar Ipoh mendapati bahawa tempat jualan arak yang berada di dalam pasaraya tersebut bercampur setempat dengan minum biasa yang dilihat secara terbuka. DPPK IT berharap penguatkuasaan terhadap larangan jualan arak secara terbuka dapat dikuatkuasakan walaupun di pasaraya-pasaraya besar. Dari tinjauan yang dilihat sebelum daripada ini tempat khas jualan arak adalah terkawal dan di satu sudut di dalam pasaraya besar tersebut. DPPK IT mendesak tindakan segera dan tegas daripada MBI untuk memastikan suasana pasaraya besar tersebut bersih daripada membuat jualan arak kepada orang Melayu khasnya dan perjualan arak tersebut mesti diletakkan di tempat yang telah dikhaskan oleh pasaraya besar tersebut. AHMAD FAISAL MOHD PUAIT Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

1 ulasan:

  1. OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

    pandai ore kampong abe ni ore krai buat blog. tahniah leer. rasa nak kenal weiii. email abg yee
    aberamly@gmail.com
    hanturaya57@gmail.com
    nak ym di sini:
    mayadonny_2009@yahoo.com

    salam ukhwah sesama ore krai...

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...