Blog Cina Islam akan mencapai klik ke 5 juta !
Oh! Krai Utara
Bermula dengan usaha yang sedikit ini doakan ianya akan memberi manfaat untuk teman-teman yang membaca blog ini di masa akan datang.
Doa dan harapan semuga usaha dakwah dan menegakkan keadilan dengan kalimah jihad yang tidak akan padam hingga hari kiamat, Islam pasti akan menang..
Alhamdulillah sedikit sebanyak ana telah berusaha dengan ikhtiar sebaik mungkin untuk memastikan hasrat diatas tercapai.Disamping ana bertawakkal sesudah itu muga-muga semuanya dibertati oleh Allah SWT jua.
Sehingga positing ini diterbitkan sebanyak 4,912,880 telah dicapai. Satu pencapaian yang membanggakan untuk kita semua pada blog perseorangan yang ana rasa sangat kerdil ini.
Semuanya bukan berlaku dengan semudah yang kita jangkakan. Dari beberapa puluh kepada ratusan klik sehari akhirnya mencapai angka puluh ribu sehari seperti sekarang. Malah semasa kehangatan isu perak mengundang angka 200,000 lebih klik sehari.
Selain itu blog ini pernah memuatkan clip box dialog pada suatu ketika tetapi saya buang kerana telah disalahgunakan termasuk beberapa kali diserang dengan kiriman gambar-gambar lucah.
Seingat saya juga sehingga sekarang saya telah menukar sebanyak 3 kali "header blog". kali terakhir ialah sehari sebelum pengundian semasa saya berada di DUN Manik Urai .
Selain itu saya sangat berterima kasih dengan kiriman pelbagai bahan melalui email oleh teman dan sahabat seperjuangan yang rasanya tidak mampu untuk disenaraikan kerana jumlahnya ramai. Semuga mereka semua didoakan mampu terus menyumbang terus menerus untuk tatapan pengunjung setia blog Cina Islam.
Sebagai makluman, setakat ini pengujung teramai blog ini selepas Malaysia ialah di Brunai, indonesia dan Singapura seterusnya di United Kingdom. Termasuk juga pelajar-pelajar Malaysia diserata dunia mengikuti perkembangan dalam blog ini.
Apapun yang mampu diucapkan, sebetulnya saya sangat berterima kasih kepada semua atas sokongan, dorongan dan dokongan anda semua sehingga blog ini terus hidup dalam kancah persaingan jutaan blog masa kini.
Saya juga suka untuk memaklumkan bahawa satu projek ekonomi yang telah dikenal pasti telah saya persetujui bagi menampung pengurusan DUN Titi Serong. Sehubungan dengan itu dalam masa yang saya jangkakan tidak lebih sebulan saya akan melancarkan satu website khusus untuk mencapai hasrat itu melalui blog ini dan dengan harapan awal ianya mendapat sokongan padu dari peminat semua.
Doa dan harapan semuga saya dengan team blog cina Islam yang serba daif ini mampu bersaing terus sebagai penyalur maklumat kepada peminat setia dimana saya anda berada.
0 ulasan:
Catat Ulasan