betullah kata orang dimana DIMANA MELAYU MEREMPAT, DISITU UMNO KUAT.
Oh! Krai Utara
Datuk Seri Anwar menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin UMNO Barisan Nasional terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau- lampau. Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama. "Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin UMNO ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa ? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin UMNO mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh ?," Anwar berkata. Sebaliknya Datuk Seri Anwar menegaskan UMNO Barisan Nasionallah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama. "Orang Melayu diperbodohkan kerana UMNO hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya," ujar Anwar. Datuk Seri Anwar juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri najib Razak. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci. "1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil," soal Anwar lagi. Disebalik keangkuhan Najib mempopularkan slogan keramat IMalaysia, perdana menteri itu bagaikan alpa akan kemiskinan yang membelit majoriti rakyat dinegara ini. "Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang mahsyur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?," soal Anwar lagi. Jadi betullah bagai dikata...
"DIMANA MELAYU MEREMPAT, DISITU UMNO KUAT " Gambar dan Berita dari: The Malaysian Insider Terjemahan dari : Blog List Malaysia
anak sungai derhaka
0 ulasan:
Catat Ulasan