Berhati-hati bila ke Kota Bharu!
Oh! Krai Utara
Dan beberapa lampu isyarat baru diwujudkan iaitu di Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Tok Hakim dan Jalan Sultanah Zainab.
Yang Dipertua�Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Haji Ahmad Mahmood berkata, tempoh sebulan bermula hari ini kajian dilakukan bagi melihat kesesuaian perubahan laluan tersebut.
Oleh itu katanya, pengguna jalan raya diberi peluang untuk memberi komen dan cadangan tentang perubahan laluan tersebut melalui www.MPKB.gov.my.
"MPKB-BRI juga mewujudkan satu jawatankuasa pemantau untuk mengkaji serta menilai sejauh mana keberkesanan dan kelancaran trafik di bandar Kota Bharu sekarang," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan rasmi landskap Bulatan Medan Tuan Padang dan menaik taraf Taman Perbandaran Tengku Anis.
Penyerahan tersebut dilakukan Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Che Hassin Che Mud kepada Ahmad.
Ahmad berkata, dengan kerjasama kerajaan Persekutuan banyak lanskap menarik dapat diwujudkan di kawasan bandar Kota Bharu.
Che Hassin berharap MPKB-BRI dapat menguruskan lanskap tersebut dengan sebaik mungkin bagi menjadikan Kota Bharu lebih ceria dan cantik.
13 Ogos 2009 pada 7:49 PG
Satu tindakan yang baik. Sebabnya sebelum ini Kota Bharu sentiasa sesak dengan kenderaan setiap hari. Kalau musim raya, jangan cakap la...Lebih baik jalan kaki daripada naik kereta...