Demo Anti ISA: ADUN Barisan Nasional (BN) Rasuah RM20,000di Terengganu, BN Rasuah Sokmo !

Oh! Krai Utara

Share
Rasuah RM20,000, SPRM tahan ADUN Terengganu

Dipercayai minta komisyen 10% bagi projek landskap di KL

KUALA TERENGGANU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah RM20,000 melibatkan sebuah projek bernilai RM1.5 juta di ibu negara.

ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan ditahan bersama rakannya di Terengganu.

Dia dipercayai menerima wang suapan terbabit - dalam bentuk komisyen 10 peratus bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek landskap di Kuala Lumpur.

Laporan The Star menyebut, ADUN tersebut dikatakan telah menuntut bayaran secara ansuran bagi satu tempoh selama 24 bulan dari pemaju projek terbabit.

Dia setakat ini telah menerima RM20,000.

Laporan Bernama pula menyebut, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.- petikan mstar online

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...