Menteri Besar turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid kampung berkenaan. Kehadiran orang ramai agak luar biasa.
Selepas itu beliau hadir pada majlis kesyukuran di rumah seorang penduduk di kawasan berdekatan.
Sedangkan sebelum ini kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pemimpin Umno apabila sering datang ke penempatan tersebut dan bermalam di situ. Antaranya Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan.
Ketika menyampaikan khutbah sebelum itu beliau berkata, ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan asas utama seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat.
Beliau berkata, umat Islam wajib memilih pemimpin yang taat kepada Allah kerana lebih amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas.
Kata beliau berbeza dengan pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada batasan hukum hakam.
Beliau juga berkata, khutbah Jumaat merupakan medan terbaik untuk menyampaikan mesej agama kepada umat Islam.
“Biar pun ada orang mengatakan khutbah dijadikan medan berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan semuanya terkandung dalam al Quran dan Hadis yang menyentuh kehidupan harian.
“Sebenarnya khutbah ialah tempat menyampaikan semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebab Islam menyeluruh yang meliputi ekonomi, sosial dan politik,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan