PERLEKEH CALON PAS

Oh! Krai Utara

Share Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yakin calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah mampu memikul tanggungjawab dan amanah rakyat dengan baik meskipun latar belakang kerjayanya hanya seorang pemborong ikan. Beliau berkata, pekerjaan Mohd Fauzi itu bukan persoalan utama dan menimbulkan masalah kerana rakyat mahukan wakil mereka dapat mendengar segala masalah dan menyelesaikannya dengan baik tanpa mengira apakah pekerjaan calon yang bakal dipilih itu. “Dalam situasi Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai, saya tidak nampak masalah untuk Mohd Fauzi bertanding kerana pekerjaannya itu bukan menjadi ukuran, yang penting, bakat dan kemahiran yang ada pada dirinya. “Apatah lagi, dengan memegang banyak jawatan dalam parti dan seorang pemimpin yang berpengalaman, saya yakin Pas akan menang pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Mahfuz berkata, beliau yakin Mohd Fauzi mampu menggalas tugas dengan baik sekiranya dipilih rakyat memandangkan calon Pas itu adalah dekat dan dikenali dalam kalangan penduduk di Manek Urai. “Dia faham kehendak penduduk di situ, tambahan pula dia seorang pemborong ikan, jadi tiada masalah untuk berkomunikasi dengan penduduk di situ. “Seperkara lagi, dia seakan-akan mempunyai persamaan dengan Allahyarham Ismail Yaakob (wakil rakyat sebelum ini) yang sememangnya mesra dengan rakyat,” katanya. Mengenai latar belakang pekerjaan calon Barisan Nasional, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Projek, Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mahfuz berkata, Pas tidak gentar dengan kerjaya itu. “Tidak semestinya kerjaya tinggi itu menarik perhatian pengundi kerana paling utama, calon mesti bijak memahami masalah rakyat dan menyelesaikannya. “Pandangan saya, tidak ada guna memiliki kelayakan tinggi kalau tidak faham dengan masalah rakyat, pandangan ini secara umum, bergantung pada mereka berkaitan untuk memahaminya,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...