Home
>
Politik
> Majlis Daerah Sik lulus 160 bantuan pelbagai jenis
Share
kedahlanie
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
SIK: Majlis Daerah Sik (MDS) telah meluluskan 160 permohonan merangkumi pelbagai jenis bantuan bagi tahun 2009 untuk membantu meringankan beban penduduk di mana bantuan tersebut dianggarkan berjumlah RM143,434 dan jumlah berkenaan telah bertambah berbanding tahun 2008 yang hanya berjumlah RM27,776.
Menurut Penolong Pegawai Perancang Bandar MDS, Asralina Abdul Samad, walaupun MDS lebih memberi tumpuan kepada penduduk di kawasan perkhidmatan sahaja, namun penduduk di luar kawasan MDS juga turut diberi perhatian yang sewajarnya.
“Seramai 11 orang menerima bantuan sewa rumah yang berjumlah RM15,504, sementara itu seramai 410 orang menerima bantuan kemasukan ke sekolah dengan jumlah keseluruhan adalah RM90,300,” katanya.
Beliau menjelaskan, manakala untuk bantuan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) diberikan kepada empat orang pelajar berjumlah RM4,000 serta bantuan kos pengangkutan ke tempat kerja untuk seorang RM600.
Asralina berkata, penduduk juga berpeluang untuk memohon bantuan-bantuan berkenaan sepanjang tahun dengan cara datang sendiri ke pejabat MDS dan mengisi boring permohonan yang disediakan.
Namun begitu, katanya, pihaknya juga turut mengdakan kaunter terbuka sempena dengan Hari Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah Sik baru-baru ini bagi kemudahan orang ramai.
“Melalui kaedah turun padang seperti itu, kita berharap ia dapat memberi penerangan yang lebih jelas dan terperinci mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh MDS,” ujarnya.
Tambahnya, permohonan hanya akan layak dipertimbangkan apabila jumlah pendapatan bulanan pemohon adalah RM740 ke bawah dan pendapatan perkapita berjumlah RM183 ke bawah sahaja.
“Pihak kami berharap penduduk yang layak segera mengemukakan permohonan kepada MDS bagi membolehkan proses permohonan bantuan dapat dilakukan dengan segera dan dapat mengurangkan beban keluarga masing-masing,” jelasnya.
Kepada sesiapa yang ingin mengemukakan pertanyaan mengenai bantuan-bantuan berkenaan, bolehlah menghubungi Nazim Osman di talian 04-4695394 atau berkunjung terus ke MDS.
0 ulasan:
Catat Ulasan