Kelantan sebagai jelapang makanan Menuju Realiti

Oh! Krai Utara

Share Banyak tanah terbiar berjaya ditebusguna TUMPAT, 22 Julai (Hrkh) - Usaha kerajaan negeri menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan semakin menjadi realiti setelah banyak tanah terbiar melebihi 10 tahun ditebusguna dengan tanaman padi dan buah-buahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri turut membantu petani memulihkan tanah-tanah terbiar.

"Agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Kada membantu petani mengusahakan semula tanah terbabit," katanya ketika ditemui pada majlis penuaian padi di Kampung Talak, baru-baru ini.

Tanaman padi tersebut diusahakan dua peserta membabitkan kawasan seluas 20 ekar.

Che Abdullah juga berkata kerajaan Kelantan memperkenalkan konsep 'bertani satu ibadat' kepada rakyat di negeri ini.Image

"Melalui konsep ini petani diharapkan tidak melupakan tunjang ibadat seperti solat boleh dilakukan di mana sahaja termasuklah di bendang padi dan di kebun-kebun sayur.

"Petani diharap tidak melupakan ibadat solat ketika sibuk bekerja di kebun bagi memastikan rezeki yang dapat lebih diberkati," katanya.

Peserta projek terbabit Nik Abdul Rashid Nik Mahmud yang juga bekas pesara Jabatan Penjara berkata, ilham untuk menebus tanah terbiar tersebut timbul ketika berlaku krisis kekurangan beras beberapa tahun lalu.

Beliau berpakat dengan rakannya Tengku Yusof Tengku Ismail mengusahakan projek berkenaan dengan menyewa tanah milik penduduk.

Beliau yang turut dibantu tiga pekerja berharap penanaman padi pada musim akan datang dapat dipertingkatkan lagi. - mj _

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...