Lucu benar bila menjengok blog sahabat "blogger UMNO Karat Pahang" yang bercakap "sesedap mulut sahaja". Ia berkaitan dengan rayuan mereka kepada para pengundi di Manek Urai agar mengundi UMNO dan Barisan Nasional serta menolak PAS kali ini. Mereka nampaknya kemaruk untuk berkuasa, lantaran itu sanggup bercakap tanpa "pandang belakang". Kenyataan "kito buleh try selok kain nik ajis ni, kita tengok lagu mano demo isle demo tu, hok mano hare hom mano halal. Mugo ke ogh e hare, mugo ke demo halal. PAS ni meme haramjadah" yang dibuat oleh blogger terbabit, jelas menunjukkan beliau sudah tidak tertahan lagi untuk melihat BN menang pula dalam pilihanraya kecil kali ini. Kemenangan demi kemenangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, jelas sekali memberi tekanan hebat buat mereka. Malah, mereka juga tidak faham kenapa rakyat menolak BN sekarang. Bagi mereka BN masih menjadi wadah perjuangan rakyat, tanpa memikirkan hanya rakyat yang "bangang" sahaja yang terus memberi sokongan kepada parti karat UMNO dan dacing karat BN itu. Malah, blogger terbabit juga turut mengeluarkan fatwa sendiri bagi mengukuhkan hujjah mereka supaya rakyat menolak PAS. Fatwa "UNDI PAS (belum tentu) MASUK SYURGA, UNDI BN SUDAH TENTU DAPAT NIKMATI PEMBANGUNAN DIDUNIA DAN AKAN MEMBUKA LEBIH LUAS PINTU-PINTU SYURGA" . Selain daripada itu, beliau turut memberi amanat khas buat rakyat Manek Urai iaitu :-
Daripada amanat yang dikeluarkan diatas, maka terbuktilah bahawa puak-puak blogger UMNO ini memang sudah dibutakan mata dan hati untuk melihat kebenaran sebenarnya. Mereka tidak nampak apa yang berlaku disekeliling mereka, malah sanggup mengatakan perjuangan BN atau UMNO karat itu boleh membawa dan membuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga. Pemimpin yang rasuah, korupsi dann banyak menyelewenga serta merompak wang rakyat itu dikatakan membawa ke syurga. Pemimpin yang membenarkan pusat-pusat perjudian serta hiburan yang merosakkan rakyat itu dikatakan boleh membawa ke syurga?. Pemimpin yang suka minum arak dan berpeleseran itu dikatakan membawa ke syurga?. Pemimpin yang menolak agama dan Al-Quran sebagai kitab rujukan perlembagaan negara itu dikatakan boleh membawa ke syurga?. Pemimpin yang tidak mengamalkan cara kehidupan berlandaskan Islam itu dikatakan boleh membawa ke syurga?. Maka itu nampak benarlah bahawa puak-puak blogger UMNO ini memang "bermimpi disiang hari". Mereka fikir rakyat Kelantan "bodoh dan tidak boleh berfikir" agaknya. Justeru itu, PDO menyarankan supaya puak-puak blogger UMNO ini agar memberi tazkirah kepada pemimpin UMNO dulu sebelum menjanjikan syurga buat rakyat.
"Kepada penggundi-penggundi PRK N041 Manek Urai,berfikirlah dengan matang dan pilihlah yang terbaik untuk diri sendiri dan generasi akan datang. Mungkin mak bapak kita di kampong-kampong masih tidak mengerti dan tidak faham tentang poltik, tetapi janji-janji kosong PAS selama ini patut telah memberikan kesedaran kepada mereka, bahawa PAS menjanjikan mereka sesuatu yang tidak mungkin dimiliki dan sukar untuk diukur kerana janji syurga dan neraka adalah hak dan ketentuan Allah. Para pelajar yang bijak pandai, para pekerja kerajaan dan swasta yang mendapat nikmat dari kesetabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara dibawah pemerintahan BN, yang akan pulang ke kampong untuk mengundi nanti, ajarkanlah kepada ibu dan bapa kita sesuatu yang nyata dan betul, bahawa kerajaan pemerintah BN masih relaven dan mampu memberikan perubahan fizikal dan membantu menaikan taraf ekonomi penduduk. Apabila taraf ekonomi lebih baik maka akan lebih mudah dan tenteramlah mereka untuk beribadat dan sudah pasti pintu syurga akan terbentang lebih luas untuk mereka. Orang-orang Kelantan, Khususnya di Manek Urai - berubahlah dan berfikirlah dengan lebih waras. Jangan lagi jumud dan menyokong membuta tuli dan membabi buta. Ulamak yang ada dalam PAS adalah ulamak politik yang hanya menjual agama untuk kepentingan peribadi dan parti mereka sahaja. Bagi mereka yang menerima duit RM100.00 setiap orang dari PAS haruslah mengingatkan diri mereka sendiri bahawa PAS hanyalah sebuah parti politik yang ingin terus berkuasa tetapi gagal memberikan pembangunan dan peningkatan taraf ekonomi kepada rakyat negeri Kelantan. Jika rasuah dalam politik itu haram, maka campakkan lah juga para ulamak mereka itu ke jalan menuju ke neraka". Klik sini untuk bukti kenyataan ini ![Buat rakyat di Manek Urai, jangan termakan dengan dakyah songsang dan jahat yang dibawa oleh puak-puak UMNO ini sebenarnya. Mereka hanya pandai bercakap sebaliknya perlaksanaannya terlalu hambar dan tidak seperti apa yang diperkatakan. Bagi mereka, perjalanan ke syurga itu boleh dibuat sewenang-wenangnya tanpa perlaksanaan. Bagi mereka dengan adanya pembangunan, itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa puak-puak UMNO dan BN itu telah membuka pintu syurga buat rakyat. Spesis UMNO sebeginilah yang perlu dipulihkan minda dan hati mereka, dan bukannya dimasukkan ke Biro Tata Negara (BTN). Jika BTN dijadikan tempat untuk memulihkan mereka, maka bertambah-tambahlah parahnya penyakit hati yang membelenggu puak-puak ini sebenarnya].
0 ulasan:
Catat Ulasan