ALIBI BAHAN BUKTI ‘HEARSAY’ BOLEH JADI BACK FIRE KEPADA SPRM?

Oh! Krai Utara

Share

SPRM sudah membuat satu lagi kenyataan akhbar kelmarin, kononnya mendiang Teoh Beng Hock ada memberikan bahan bukti kepada salah seorang rakan karibnya tentang penyelewengan peruntukan DUN dari seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kononnya menuduh berpuluh syarikat ditubuhkan atas kepentingan peribadi seorang Exco Pakatan Rakyat Selangor. Bahan bukti itu kononnya disebarkan dalam sebuah laman blog. Bahan bukti itu kini boleh menjadi alibi atau boleh juga dianggap sebagai satu perancangan untuk cover-up kes kematian mendiang Teoh Beng Hock?

Hari ini pemuda UMNO Selangor pula membuat laporan polis mengarahkan SPRM membuat siasatan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor tentang penyelewengan tersebut yang berpandukan bahan bukti dari laman blog tersebut.

Sungguh pelik dan tidak masuk akal, langkah pemuda UMNO Selangor itu membuat laporan agar SPRM menyiasat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Tidak kepada penulis laman blog itu, untuk mendapatkan kesahihan bahan bukti tersebut?

BERANG…. Kenapa pegawai SPRM ini marah betul ketika gambarnya dirakamkan?

Tersangat meragukan, kenapa bahan bukti itu mendiang Teoh tidak berikan langsung ketangan SPRM pada hari yang sama semasa soal siasat di pejabat SPRM? Kenapa mesti menerusi orang kedua? Bila mendiang Teoh sudah mati maka barulah timbul alibi. Alibi tersebut nampak seolah-olah dirancang kerana ia tidak konsisten. Nampak sangat alibi bahan bukti tersebut hanya berbentuk ‘Hearsay’.

Kalau mendiang Teoh benar-benar ada bahan bukti tersebut, kenapa selama 8 jam dalam sesi soal siasat itu berlaku, beliau tidak memberi tahu bahawa bahan bukti itu berada dalam simpanan rakan karibnya?

Kenapa rakan karib mendiang Teoh tidak menyerahkan bahan bukti tersebut hingga mengambil masa lebih 68 jam baru dikeluarkan dalam laman blog? Kenapa menerusi laman blog tidak kepada SPRM, sebelum kematian mendiang Teoh? (Di sini banyak menimbulkan keraguan.)

Kalaulah alibi tersebut cuma bertujuan untuk mengalih pandangan orang ramai sahaja atas kematian mendiang Teoh dibangunan SPRM dan kebetulan terjadi semasa SPRM adakan sesi soal siasat, maka ia akan mengundang sangkaan yang paling buruk dari orang ramai kepada SPRM. Alibi tersebut nampak tidak begitu membantu malah memburukkan keadaan lagi. Alibi tersebut sudah pasti akan menjadi back fire pula kepada SPRM?

Kalaupun benar alibi itu yang mengatakan bahan bukti Exco Kerajaan Selangor menyalahgunakan peruntukkan DUN Selangor, ada pada mendiang Teoh yang disimpan kepada sahabat karibnya. Ini membuktikan mendiang Teoh tahu yang beliau akan mati? Maka bahan bukti itu pun disimpan pada sahabat karibnya? Ini tidak masuk akal.

Terlalu banyak ruang ” loophole” untuk diragui alibi penulis blog itu? Seolah-olah alibi tersebut dirancang untuk melindungi seseorang daripada diketahui oleh orang ramai? Kita pun berfikir, ada lebih baik SPRM buat penyiasatan yang lebih rapi terlebih dahulu daripada mencari publisiti murahan untuk menuding jari kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang tidak betempat. Lebih baik buat kerja yang betul daripada menagih publisiti murahan.

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (Sabahkini)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...