Polis BNhalang Sivakumar masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan

Oh! Krai Utara

Share

IPOH, 30 July :- Speaker DUN Perak Pakatan Rakyat yang sah, Sivakumar dan semua anggota jawatankuasanya kecuali Hasbullah dari BN sekali lagi tidak dibenarkan oleh sekitar 50 orang polis yang berkawal untuk memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu di Kamar Yang Dipertua DUN. Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dianggotai ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP), Sum Cheok Leng (Bercham-DAP) dan Hasbullah (BN). Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan memaklumkan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan atas alasan jawatankuasa berkenaan tidak sah lagi. Pada Isnin lepas, Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak turut mendapat halangan polis bagi mengadakan mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN secara tidak sah dan melanggar undang-undang dewan, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui 'sub-dewan' dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan. Kumpulan ADUN Pakatan Rakyat yang diketuai Sivakumar akhirnya bersurai pada pukul 11.30 pagi selepas pelbagai usaha mereka gagal dan mendapat kawalan yang ketat oleh polis. Kumpulan ADUN tersebut turut dinafikan untuk masuk walaupun untuk minum di kantin dan ke tandas . Demikianlah suasana tegang pada hari ini yang menampakkan bahawa BN sangat takut kepada satu mesyuarat yang masih sah, kalau tidak seperti yang didakwa bahawa jawatankuasa hak dan kebebasan yang di ketuai oleh Sivakumar tidak sah lagi, biarlah mereka bermesyuarat walaupun beribu kali. Namun kenapakah ianya dihalang sedemikian rupa ?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...