Tun M Yakin Najib Tiada Telur !!!

Oh! Krai Utara

Share

Mahathir_the_puppetmaster ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perdebatan itu hanya akan membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan pemikiran kedua-dua parti berbeza. "Saya ingat tak ada faedah...Nanti Nik Aziz cakap Arab, Najib cakap Inggeris dua-dua tak faham.

"Debat di Malaysia tak macam di Amerika, di Indonesia pun ada debat untuk calon Presiden. "Ia akan buang masa saja...Jadi satu hiburan. Kita bukan lantik pemimpin untuk menghibur," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Mubarak Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pemangku Pengerusi Mubarak Kedah, Datuk Abdul Rahman Ibrahim. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mempelawa Najib supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlarutan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno itu untuk mengadakan perdebatan berkenaan sudah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

p/s: Umno-umno apa nak jadi, Hujah TV9 itu hari pun macam-macam alasan. TGNA ceramah pon buat repot polis, kelakar lah puak-puak UMNO ni, kalu berani lawan baliklah kata-kata TGNA tu, bukan buat repot polis, macam budak-budak je perangai, nak mengadu je tau.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...