Siapa Kata Pembangkang (Pakatan Rakyat) Tak Maju?

Oh! Krai Utara

Share

Depoh minyak bernilai RM1 billion dibina di Gurun

Oleh: AMELIA HASHIM ALOR SETAR - Selain projek penapisan minyak Hub Hidrokarbon (SULIHH), Kedah akan mempunyai satu lagi projek mega iaitu depoh simpanan minyak mentah bernilai RM 1 bilion yang akan dibina di atas kawasan seluas 60 hektar di Gurun.
“Kerajaan Negeri telah meluluskan projek pembinaan depoh simpanan minyak ini yang menggunakan teknologi moden,” kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pemerita selepas mempengrusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini. Menurutnya, projek ini akan dikendalikan oleh Predestine Oil (M) Bhd di mana minyak mentah dari negara pengeluar minyak Timur Tengah dibawa ke Kuala Dulang dan dialirkan melalui saluran paip ke tangki di Gurun. Tangki minyak pula akan dibina di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dalam tempoh terdekat. “Paip sepanjang 25 kilometer akan dibina ke tengah laut bagi menyalurkan minyak mentah dari kapal , sebelum disalurkan ke depoh melalui saluran paip sepanjang 17.9 kilometer,” katanya. Ujarnya lagi, projek depoh ini akan beroperasi tidak jauh dari projek penapisan minyak Hub Hidrokarbotahun di Sungai Limau yang dijangka siap pada tahun 2013 dan beroeprasi selepas itu dan berharap kedua-dua projek mega ini akan berjalan serentak. “Depoh ini dijangka mampu menyimpan sehingga satu juta meter padu minyak mentah , sebelum menjual semula bekalan minyak yang telah diproses,” katanya. Kuala Dulang dipilh berdasarkan kesesuaian laut di kawasan berkenan yang boleh menampung kemasukan kapal-kapal bersar kerana lautnya dalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...