Assalamu’alaikum…
Manek Urai telah menjadi sebutan semenjak kematian wakil rakyatnya.
Kini sibuk pula ulasan mengenai siapakah calon PAS yang akan bertanding memenuhi kekosongan kerusi DUN tersebut.
Ada beberapa ulasan yang mengaitkan nama Abdul Basit sebagai salah seorang calon yang akan dipilih. Ana pun rasa hairan kenapa ramai kawan-kawan bertanya tentang perkara ini, samada melalui telepon, sms dan secara lisan. Rupa-rupanya memang menjadi sebutan, ana terperasan setelah membaca artikel ini:
PRK MANIK URAI : Calon Pas Manik Urai
Untuk itu ana menyatakan bahawa tulisan tersebut adalah merupakan ramalan penulisnya, seorang peramal politik, tidak ada perbincangan mengenai isu ini dengan pimpinan PAS negeri. Sekali lagi ana memberi jawapan kepada sahabat sekelian bahawa ana memilih jalan dakwah, terbiah sebagai wadah perjuangan, Dan tetap memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan dalam usaha memertabatkan Islam. Sekian, Abu Anas Madani 16 Jun 2009.
0 ulasan:
Catat Ulasan