PRK Manik Urai: Umno BN, Manik Urai Pasti jadi Milik BN?

Oh! Krai Utara

Share Menurut laporan bernama, Umno memerlukan sekurang-kurangnya 6,000 daripada 12,292 undi bagi menjamin memenangkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai yang akan berlaku 14 Julai ini. Menurut kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata sasaran itu tidak mustahil dicapai sekiranya semua pihak terutama jentera pilihan raya bekerja kuat menarik sokongan termasuk mereka yang berada "atas pagar" mulai esok. "Kita akan melancarkan gelombang biru bagi menarik sokongan dengan keazaman sanggup bekerja kuat siang dan malam bagi merealisasikan hasrat itu," katanya ketika berucap kepada anggota jentera pilihan raya peti undi Pria di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman. Mustapa atau Tuk Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Umno perlu bekerja keras untuk memenangi kesemua sembilan peti undi dalam DUN berkenaan. Katanya Umno bercadang menjadikan Manik Urai sebagai kawasan anak angkat yang akan diberi keutamaan pelaksanaan projek pembangunan akan datang jika diberi mandat pada pilihan raya itu. Beliau berkata ini penting untuk menebus maruah Umno dan BN yang kalah pada beberapa pilihan raya kecil yang lepas termasuk terbaru di Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah kecuali di DUN Batang Air, di Sarawak. "kemenangan itu juga penting sebagai permulaan dan semangat dalam usaha BN memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-13 di Kelantan dan sekaligus merampas balik tampuk pemerintahan negeri itu daripada PAS" Ketika berucap Mustapa berkata calon BN yang bertanding di kawasan itu akan diumumkan beberapa hari sebelum penamaan calon. - Tuan puan dijemput untuk ke Manik Urai, Jom makan lemang sambil berblog.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...