PRK Manek Urai: UMNO ketandusan pimpinan berwibawa untuk mewakili rakyat.

Oh! Krai Utara

Share Pimpinan Barisan Nasional dikatakan mula bercakaran sesama sendiri dan mula membuat serangan sesama sendiri itulah yang dapat saya faham dari kenyataan bekas ADUN BN DUN Manik Urai. Dalam laporan yang terbitkan oleh Malaysia kini " Beberapa nama bakal calon BN tidak disenangi ahli UMNO". menurut laporan malaysiakini beberapa nama pimpinan UMNO bahagian Kuala Krai disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon dalam PRK itu yang akan berlaku bulan depan itu, agak tidak digemari oleh ahli dan penyokong UMNO. Beliau menyatakan, mereka yang dimaksudkan itu ialah ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman, Naib ketua bahagian, Che Jalal Muda dan Ketua Wanitanya, Rohani Abdul Majid. Seorang ahli jawatankuasa bahagian kuala krai memberitahu, beberapa hari lalu Datuk Ramzi ada berkata di dalam mesyuarat bahawa beliau tidak berminat menjadi calon. baginya, dia merasakan anak tempatan adalah lebih wajar untuk diletakkan sebagai calon dengan kelebihan sebagai anak tempatan dan tahu selok belok pengundi. Sementelah beliau mahu menumpukan kerja-kerja UMNO bahagian itu. Persoalannya mengapa Zulkepli menimbulkan perkara sedemikian? adakah pada hematnya beliau merasakan Ramzi adalah saingan yang akan menutup peluangnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri selepas beliau yang dikatakan berkerja keras semenjak mengetahui bekas ADUN Pas mula jatuh sakit.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...