PBT Kedah lancar kutip hutang RM23 juta

Oh! Krai Utara

Share Kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melancarkan gerakan memungut tunggakan hutang perumahan awam yang kini berjumlah melebihi RM23 juta melibatkan 12 buah daerah di Kedah. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu, 12 buah daerah tersebut ialah Alor Setar, Langkawi, Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Menurut beliau, Alor Setar mencatat tunggakan hutang paling tinggi iaitu melebihi RM11.9 juta manakala Bandar Baharu terendah dengan jumlah hanya melebihi RM28,000. "Lain-lain ialah Kota Setar (RM3.9 juta), Langkawi (RM145,000), Kuala Muda (RM413,000), Kubang Pasu (RM619,000), baling (RM993,000), Kulim (RM205,000), Padang Terap (RM308,000), Sik (RM191,000), Yan (RM208,000) dan Pendang (RM349,000)," kata. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman di sini hari ini. Kata Azizan, PBT akan memberi tempoh kepada penyewa-penyewa perumahan supaya mereka melangsaikan hutang sebelum tindakan diambil.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...