PATUT BACA!: Brazil Hampir Roboh semalam dihentanm tentera Merah
Oh! Krai Utara
KOSMo - BRAZIL cemas seketika sebelum menang 4-3 ke atas Mesir pada Kejohanan Bola Sepak Piala Konfederasi di Bloemfontein, Afrika Selatan semalam.
Perlawanan tersebut dijangka mudah bagi gergasi bola sepak dunia itu tetapi sebaliknya yang berlaku apabila Mesir tampil gagah untuk memberi saingan.
Sebaik perlawanan bermula, Brazil hanya mengambil masa lima minit untuk membuka jaringan menerusi Kaka, namun kegembiraan mereka itu hanya seketika apabila Mesir melakukan kejutan menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan Mohamed Zidan.
Gol tersebut bagaikan mematikan langkah Brazil yang terpaksa mengambil langkah berhati-hati daripada terus dihukum oleh lawan kerdil mereka itu.
Asakan terus digandakan dan hasilnya Brazil berjaya menambah dua lagi jaringan, masing- masing menerusi tandukan Luis Fabiano pada minit ke-11 dan Juan (minit ke-37) bagi membolehkan mereka mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.
Begitupun, suasana agak berubah pada babak kedua.
Mesir tampil dengan aksi lebih pantas sementara Brazil pula dilihat terus berhati-hati.
Usaha Mesir yang tidak jemu mengasak skuad bimbingan Dunga itu berhasil pada minit ke-53 menerusi Mohamed Shawk untuk menjadikan kedudukan 2-3.
Seminit selepas itu, Brazil terperangkap lagi. Mesir menyamakan kedudukan 3-3 menerusi Zidan yang bijak menyambar peluang untuk memperdayakan penjaga gol lawan.
Dua kali ketinggalan, dan dua kali berjaya menyamakan kedudukan jelas menambahkan semangat Mesir yang terus menerus menghadirkan tekanan kepada lawan mereka itu.
Brazil semakin cemas dan usaha mereka untuk mencari gol kemenangan terus diperhebatkan.
Bak kata pepatah, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu’ dan itulah yang berlaku kepada Brazil sebelum mengesahkan kemenangan mutlak pada perlawanan tersebut.
Sepakan penalti yang mereka peroleh pada minit ke-88 telah menghadiahkan mereka tiga mata penuh.
Kaka menyempurnakan dengan baik sepakan tersebut bagi membolehkan Brazil menamatkan saingan dengan kemenangan 4-3 yang Mesir anggap sebagai kemenangan nasib.
0 ulasan:
Catat Ulasan