Zulkifli Yaakob, seorang pemimpin PAS kawasan Manek Urai dipetik Malaysiakini sebagai berkata bahawa beliau mengajak BN dan Umno “berkempen secara anak jantan” dan tidak mengadakan provokasi sepanjang kempen pilihanraya kecil Manek Urai.
“PAS juga akan berkempen dengan baik di kerusi DUN itu kerana ia menjadi amalan biasa parti Islam itu dalam setiap pilihanraya,” kata Zulkifli.
“Jantan lawan jantan supaya pilihanraya kecil ini bersih dari sebarang provokasi dan kejadian yang tidak diingini. Sudah kerap berlaku, Umno yang membuat provokasi tetapi menuduh ahli dan penyokong PAS yang melakukannya,” kata seorang ahli jawatankuasa PAS Kuala Krai.
Zulkifli, yang juga bekas ketua Pemuda PAS Kelantan, berkata oleh kerana orang dari seluruh negara tertumpu ke Manek Urai, perbuatan provokasi akan lebih mudah berlaku.
Beliau juga mencabar Umno supaya menunjukkan bukti jika ada ceramah-ceramah PAS mengandungi unsur-unsur fitnah dan pembohongan.
“Kita bercakap berdasarkan fakta yang benar, kalau ada yang fitnah, Umno tolong jawab. PAS membawa isu-isu kepada rakyat kerana banyak cerita yang mereka tidak tahu.
“Kita tidak buat cerita kosong kerana penceramah PAS tidak diajar bercakap perkara yang tidak betul,” tambahnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan