Kepada Adnan Yaakob dan Rakan-Rakan

Oh! Krai Utara

Share Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang, sering membuat tuduhan yang berat dan menghina terhadap saya. Ada orang memberitahu saya yang dialah yang menyokong kuat supaya saya dipecat dari UMNO dulu. Saya tidak pun kenal atau ada-apa hubungan dengannya. Tak pernah saya minta apa-apa dari nya atau pun berselisih faham. Saya juga tidak terlibat dalam apa-apa kes penyelewengan tanah atau balak di Pahang. Jadi hairan juga dari mana timbul kebenciannya yang begitu meluap terhadap saya. Hari ini akhbar the New Straits Times menyiarkan kenyataan Adnan bahawa saya ini musuh dalam selimut UMNO sejak dulu atau pun “wolf in sheep’s clothing”. Agaknya bagi orang macam ini, sesiapa juga dalam UMNO yang mahu membuat perubahan seperti menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta menghapuskan undang-undang zalim seperti ISA, maka dia adalah musuh kepada UMNO. Dia juga merungut bahawa UMNO/BN telah banyak memberi habuan kepada saya sehingga saya menjadi kaya. Semua tuduhan ini dibuat kerana saya masuk Parti Keadilan Rakyat. Tak apalah. Peguam saya akan menghubungi beliau dalam masa yang terdekat ini. Bila pemimpin UMNO nak memalukan saya atau marah tentang sesuatu pendirian saya, mereka sering kali berkata saya ini kaya kerana UMNO. Dan saya telah sering kali menjelaskan saya tidak kaya dan UMNO tidak membuat saya kaya. Tetapi tuduhan ini terus berulang. Jadi saya ingin cadangkan supaya kerajaan declassify atau buang peruntukan Akta Rahsia Rasmi (Official Secrets Act) supaya semua rekod kontrak kerajaan dan projek serta saham yang diberi oleh kerajaan (UMNO) kapada semua Menteri, bekas Menteri, Menteri Besar dan pemimpin UMNO yang lain serta ahli keluarga mereka dapat didedahkan kepada orang ramai. Ini saja cara rakyat boleh tahu siapa kaya dan siapa tidak, dan kalau kaya dari mana punca dan sumber kekayaan tersebut. Saya harap pemimpin UMNO terutamanya yang selalu membuat tuduhan liar terhadap saya setuju dengan cara ini. Saya teringat semasa Pak lah mencadangkan supaya Menteri-Menteri isytihar aset dan pendapatan mereka, saya turut mencadangkan kepada Pak Lah supaya borang deklarasi itu dipermudahkan mengikut contoh borang yang digunakan oleh kerajaan Australia supaya tidak terlalu susah diisi. Tapi kita semua maklum cadangan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bantahan dari pemimpin kanan UMNO. Jadi usah tuduh dan memburukkan orang lain kecuali kita sendiri sanggup terbuka untuk memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin mereka. Selagi pemimpin-pemimpin UMNO bergelumang dengan penyelewengan dan rasuah, dan mengajak rakyat benci-membenci antara kaum, tak usahlah mereka buang masa memburukkan orang lain yang berusaha menjalin perpaduan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.-http://myzaidibrahim.wordpress.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...