Istilah baru BN ialah 'Bini Najib' - Dato Mahfuz

Oh! Krai Utara

Share BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu 'Bini Najib'. "Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, " Istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya. Tindakan itu merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

"Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, "

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya 'Bininya'.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan '1 Malaysia' berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.

"Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, "

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...