Dikehendaki Perasuah dengan Rewards RM 10 K bukan Percuma Tau

Oh! Krai Utara

Share Tawar RM10,000 dedah penyelewengan (Hrkh) -Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi RM10,000 sebagai Anugerah Integriti kepada kakitangan sektor perkhidmatan awam negeri ini jika mereka berani tampil mengenengahkan kepincangan, pembaziran, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kewangan kerajaan yang mengakibatkan kerugian wang awam atau mengurangkan hasil negeri.

Menurut satu kenyataan media Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam, pemberian itu selaras dengan pengumuman Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahukan pentadbiran yang telus daripada sebarang amalan yang boleh merendahkan pandangan awam terhadap kerajaan.

Objektif itu untuk menyemai peningkatan kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan memperkenalkan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Selain daripada menerima wang tunai RM10,000 mereka yang terlibat juga akan diberikan cenderamata, sijil penghargaan dan lain-lain ganjaran yang sesuai.

Menurut kenyataan itu lagi, hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi negeri bertaraf antarabangsa yang mampu berdaya saing di arena global memerlukan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai 'minda kelas pertama' yang tiada sikap kepentingan peribadi tetapi sebaliknya bertunggak kepada amalan tadbir urus yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri.

Memandangkan perkhidmatan awam pemegang amanah maka pengawasan ke atas setiap penyelewengan harus di kemukakan dengan rasa kejujuran dan tanggungjawab.

Setiap penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya boleh dikemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri dan untuk memastikan kesahihan laporan satu jawatankuasa panel telah dibentuk, kata kenyataan media itu.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, ahlinya terdiri daripada Bendahari Negeri dan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri manakala Urusetianya pula ialah Unit Pemantau Audit Jabatan Kewangan Negeri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...