DAP tak sertai perbincangan kerajaan perpaduan

Oh! Krai Utara

Share www.bharian.com.my DAP membayangkan ketidaksediaan parti itu untuk turut berbincang mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia idea Pas, bukannya Pakatan Rakyat. Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata DAP tidak dimaklumkan mengenai cadangan berkenaan dan kerana itu, isu terbabit perlu diuruskan oleh Pas dan Umno. "Saya nak tanya kenapa tiba-tiba tukar fikiran kerana pada asalnya Pas dan Umno tetapi tiba-tiba nak tarik PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan DAP.

"Oleh kerana ia dimulakan oleh Pas dan Umno, saya rasa ia harus diakhiri oleh Pas dan Umno," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan tiga ahli Lembaga Pengampunan Pulau Pinang di sini, hari ini. Guan Eng yang juga Ketua Menteri diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dilaporkan berkata akan melihat cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan serta tidak menolak kemungkinan mengadakan perjumpaan bukan saja dengan Pas, malah PKR dan DAP. Guan Eng enggan mengulas lanjut isu berkenaan kerana ia akan dibangkitkan pada mesyuarat Pakatan Rakyat, Isnin ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...