Ceramah Politik Semasa Di Temalir Sempena PRK Manek Urai

Oh! Krai Utara

Share Ceramah UPU TemalirYB Ust Nassuruddin Daud, Mohamad Sabu
Dengan kehadiran Mat Sabu dan Speaker Negeri Kelantan, ceramah yang diadakan tersebut mendapat sambutan hangat dari penyokong PAS dan orang ramai. Kehadiran pendengar lebih kurang lima ratus orang dalam agakkan saya. walaupun keadaan cuaca yang akhirnya hujan lebat yang bermula semasa ceramah di sampaikan oleh ustaz nasuruddin daud sehingga akhir ceramah abang mat sabu, tetapi para hadirin tidak menunjukkan rasa gelisah, jauh sekali berundur. Satu suasana yang amat hebat berlaku didepan mata, mereka (hadirin) dengan segala kreativiti yang terbit dari aksi spontan menjadikan alas duduk untuk berteduh dari hujan. sementara yang lain kelihatan berteduh dibangsal dah rumah berdekatan, bahkan ada yang setia berhujan setelah mendapati tiada tempat atau alat untuk berteduh. masyaallah semangat mereka umpama pahlawan menanti musuh dimedan, tidak berganjak walau hujan mencurah. salute untuk orang temalir, barangkali inilah hasil tarbiyyah tuk guru. roh perjuangan islam mengalir dalam urat daging mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...