Besan Presiden Indonesia dipenjara kerana rasuah

Oh! Krai Utara

Share JAKARTA: Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara terhadap besan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono kerana terlibat dalam kes pecah amanah. Keputusan Mahkamah tersebut dilihat boleh membantu Susilo untuk dipilih kembali sebagai Presiden kerana kesungguhanya untuk membanteras jenayah berkenaan. Kes yang melibatkan bekas pegawai bank pusat, Aulia Pohan merupakan satu ujian yang penting untuk menentukan kesungguhan Indonesia menghapuskan masalah rasuah, terutamanya kes yang melibatkan individu yang mempunyai pengaruh. Anak perempuan Aulia yang berkahwin dengan anak sulong Susilo, merupakan satu daripada empat pegawai bank pusat yang terlibat dalam skandal yang menyebabkan kerugian kepada negara sebanyak 100 bilion rupiah (RM36.4 juta). Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun setengah ke atas beliau kerana kesalahan membenarkan pembayaran yang tidak sah kepada ahli parlimen, hukaman tersebut lebih tinggi daripada yang diminta oleh pendakwaraya. "Sudah pasti hukuman Aulia Pohan akan meningkatkan reputasi Susilo untuk membanteras rasuah dan penguatkuasaan," kata Aribi Sanit, Ahli Akademik dari Universti Indonesia. "Susilo tidak menyalahgunakan kuasa untuk mepertahankan keluarganya dan membenarkan proses penghakiman diteruskan,'' tambah beliau. Indonesia selalu berada pada kedudukan yang rendah dalam indeks rasuah negara di seluruh dunia, walaubagaimanapun negara tersebut mengalami satu perubahan yang memberangsangkan untuk mengatasi masalah tersebut. --REUTERS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...