"Saya dah buat 3, 4 keputusan penting" - Speaker DUN Perak
Oh! Krai Utara
Menurut laporan mStar Speaker DUN perak yang berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya esok telah memutuskan beberapa tindakan berhubung tiga hingga empat perkara penting yang akan diambil apabila sidang Dewan bermula esok.
katanya "Saya sudah buat keputusan berkaitan banyak perkata, tiga hingga empat perkara.
"Ada beberapa lagi belum saya putuskan," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan butiran tentang tindakan yang telah pun diputuskan.
Ketika disoal sama ada beliau akan menolak dua usul yang dikemukakan oleh BN, beliau enggan mengulas lanjut sambil meminta menunggu hingg esok.
BN di katakan akan mengemukakan usul agar beliau digantikan oleh wakilnya dari MIC sebagai Speaker yang baru.
Bagaimanapun menekankan bahawa beliau sebagai Speaker mempunyai hak untuk menerima ataupun menolak mana-mana usul yang dibangkitkan.
"Itu adalah kuasa Speaker," katanya yang turut enggan mengulas sama ada akan membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang lain masuk ke Dewan pagi esok.
"Itu soalan serius. Saya tahu mahu jawab," ujarnya.
Semalam bekas Exco Kanan semasa kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat berkata, Zambry dan enam Exco yang lain masih tidak layak untuk mengambil bahagian dalam sidang penggal baru esok.
0 ulasan:
Catat Ulasan