Rayuan Derma Bagi Pembinaan Asrama Pelajar

Oh! Krai Utara

Share

Asrama Baru

Pembinaan Asrama Pelajar Lelaki 4 tingkat (cadangan asal : 3 tingkat) masih berjalan dan pada 29 Mei 2013 kerja-kerja plaster dinding dan mengecat sedang giat dijalankan. Kami amat memerlukan sumbangan daripada tuan/puan semua. Sesiapa yang ingin menderma dan menyumbang bagi pembinaan asrama tersebut, boleh lah disalurkan melalui akaun bank :-

Nama Akaun: MADRASAH MUHAMMADIAH
No. Akaun : 03-072-01-011983-9 (Bank Islam Malaysia Berhad).
No. Akaun : 5530-2961-0334 (Maybank).
SILA MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI EMAIL ( pondoksgdurian@gmail.com) , disamping pembinaan asrama, kami sedang menjalankan projek menambun tanah kubur, mengadakan saluran air (longkang) dan pembinaan pagar di antara kawasan muslimin dengan muslimat.
Atau hubungi:
Abu Anas (09-9664161). JazakumulLahu khairan kathira
jika anda juga berminat untuk menyiarkan laman ini di blog atau laman sesawang anda, amatlah di alu-alukan.
Kami mengalu-alukan sumbangan daripada tuan/puan semua
KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR 
   
      
 09 Dis 2012 - kerja-kerja menaikkan bata (atap) sedang dijalankan
  
29 Mei 2013 : Kerja-kerja plaster dinding dan mengecat sedang giat dijalankan
  
29 Mei 2013 : Bilik air dan dapur yang akan dipasang mozek
Read More - Rayuan Derma Bagi Pembinaan Asrama Pelajar

oh! umno : pemimpin umno kuala krai sampai merayu rayu!

Oh! Krai Utara

Share
Semalam gua pegi tengok bola kat umah kawan gua, kelantan lawan negeri semilan yang nasib baiknya memihak kepada negeri gua kan, tahniah la kat penyumbat gol tu ya. Bagi rakyat n9 lu orang jangan lemah semangat, biasa aje kalah menang adatla dalam sukan ni, korang tabah aje laaa...ya. Korang pon tau kelantan bukan hebat sangat malam tu tapi nasib je..lain kali lu orang menang pulak he3. Apa pun makan keropok memang best bila saja di cecah dengan sos tomato ya tak, lagi sedap bila diserikan dengan air teh o nipis kurang manis di saat permainan pasukan yang kita sokong menjadi, kalau tak rasa nak "rembas" saja tivi 32 lcd kawan tu. kalau kelantan kalah malam tu gua rasa tak best mana pon kopok tu tuh, macam makan kayu cecah sos aje.

Dan dalam sedap2 layan bola tu terbit lah cerita bulan jatuh keriba kawan gua tu....oooo rupanya dia lagi best sebab dlm2 hepi kelantan menang dia dah dapat duit lima ratus hasil sumbangan datuk najib, duit yang ada gambar agung pertama tu jugak macam korang selalu pakai tapi ni dapat free hasil budi baik datuk najib.

katanya majlis serahan di adakan di sebuah sekolah di kuala krai, penyampai duit itu tak silap orang umno bahagian, gua malas nak sebut siapa namanya, ada sedikit meluat dan kesian.

korang nak tau kenapa ada sikit kesian, kawan gua cakap bukan senang nak dapat duit tu, bengkak telinga dengar pemimpin umno tu dok ceramah mau tak bengkak dua tiga jam dia ceramah, bukan kata daftar,amik duit, balik. yang sakit hatinya dia ingat itu duit umno....ingat duit najib ke?.

dan yang sebenor membuat gua kasihan ialah masa penyampaian duit tu kepada penerima pemimpin umno tu siap merayu rayu suruh pangkah umno dlm pru akan datang, kata kawan gua tu lebih kurang cakap macamni : tolong pakoh ambo la sekali ni, tolong la deh merayu rayu macam budak nak suruh bapak dia beli lolipop bentuk katun angrybird huuuue3 siap buek muko sedih seposen jerk :-p.

nampak sangat umno dah kek ujung tanduk, tu pon ujung tanduk kambing kurap haaaaa blah la dari umno pesan gua kat member2 gua sebelum kitaorang dah xlayan korang hu7.



Read More - oh! umno : pemimpin umno kuala krai sampai merayu rayu!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...