OH Muslim:Rumah Terbuka Presiden Eidul Fitri 1413H (Video)

Oh! Krai Utara

Share
Read More - OH Muslim:Rumah Terbuka Presiden Eidul Fitri 1413H (Video)

Oh Politik: Umno Perkudakan Islam Untuk Kepentingan Politik

Oh! Krai Utara

Share
Umno Perkudakan Islam Untuk Kepentingan Politik
Parti Islam Semalaysia Pas mengecam Tun Dr Mahathir yang menuduh Pas menjual agama untuk kepentingan politik. Hakikat yang berlaku umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik umno.

Tun melahirkan kemarahan kepada Pas kerana insyaallah Pas akan mengganti umno sedikit masa lagi. Beliau sedar generasi baru hari ini mual dengan umno, dan telah menjadikan Pas pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka berkarat biru macam Tun Dr Mahathir. Kenapa Pas menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar  umno yang sudah lapok dan berkulat. Mereka yang sokong umno termasuk anak-anak Tun adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja. Perjuangan untuk bela agama dan bangsa memang jauh kebelakang.
Pas menyangkal tuduhan Tun Dr Mahathir yang menyamakan Pas bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti umno dalam Barisan Nasional. Untuk maklumat Tun, Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk “Tahalluf” yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang Pas bawa sejak daripada Pas ditubuhkan. Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam.Selama 53 tahun umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam. Rakan-rakan dalam parti komponen
BN makin keliru pemahaman Islam mereka. Walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-quran diadakan di negara ini, isteri pemimpin umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat. Kalau perkara yang kecil macam ini pun umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar.

Pas ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh Pas sejak kerajaan campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam. Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai 3 tahun berbanding dengan umno yang berkuasa lebih 53 tahun.
Pas mengharapkan Tun masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan Pas berbanding dengan umno. Apakah Tun Mahathir sakit hati apabila masjid di bawah  kerajaan Pakatan Rakyat penuh dengan majlis ilmu sedangkan masjid di bawah kerajaan umno sudah menjadi kubur. Bukankah masjid zaman Tun berkuasa dahulu masjid dibelenggu. Ahli Jawatankuasa yang aktif dipecat dan diganti dengan AJK yang bukan ahli masjid yang rendah  moral dan akhlak. Tun bertindak kerana masjid telah menjadi medan penyebaran ilmu yang merugikan umno terutama selepas keputusan pilihanraya 1999. Tun Mahathir juga pertikai kenapa Pas sokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau. Pas berpendirian demikian bukan kerana Pas membelakangkan hukum agama. Sebelum satu keputusan hendak dibuat Pas merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja. Pendirian ini selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1/3/2010. Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid?. Apakah hukum  menjadi halal  kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram  kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk. Memanglah Feqah umno bukan sahaja orang bukan Islam daripad DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz Pas seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk masjid atau surau untuk memberi ilmu, kerana ini ulamak politik. Kalau ustaz umno bercakap supaya sokong umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam  maka ini politik.
Tun membangkitkan Pas sudah tidak mahu kepada hudud sejak berkawan dengan DAP. Sekarang Pas hendak tanya adakah Tun Mahathir pula sokong hudud. Mungkin Tun sudah lupa surat amaran yang pernah beliau hantar kepada kerajaan Kelantan jangan laksanakan kanun jenayah syariah di Kelantan.Malahan menuduh ini hudud Pas, bila dicabar pula mana hudud umno sampai hari ini tidak timbul-timbul. Bukankah sebagai seorang Islam semacam Tun yang sudah meningkat umur tidak sepatut berfikiran begitu.
Read More - Oh Politik: Umno Perkudakan Islam Untuk Kepentingan Politik

Oh Muslim: Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat ini Umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Oh! Krai Utara

Share
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini. 

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010," katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.
Read More - Oh Muslim: Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat ini Umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

oh kar:Proton Waja Replacement Model to Use Mitsubishi Lancer Fortis base model

Oh! Krai Utara

Share
Ini adalah berita terkini daripada Bahagian Komunikasi Korporat Proton sendiri memberitahu bahawa telah ada satu MOU terbaru antara Proton dan Mitsubishi. Perjanjian tersebut bagi mengeluarkan model baru replacement Waja sekarang dengan model Mitsubishi Lancer 2.0 secara konsep “produk berlesen”.
Menurut sumber, Mitsubishi akan hentikan penjualan model Lancer di Malaysia mulai 2010 memandangkan kurang sambutan sebab persaingan drp model Honda Civic dan Toyota Altis yang lebih menjadi pilihan utama pembeli.
Model Lancer ini menggunakan enjin MIVEC 2.0 dan akan ditukar logo/rebadge sebagai Proton Waja 2.0 yang baru pada awal tahun 2010 nanti dengan harga atas jalan lingkungan RM80 ribu yang begitu berbaloi memandangkan harga Lancer sekarang hampir RM120 ribu. baca lagi
Read More - oh kar:Proton Waja Replacement Model to Use Mitsubishi Lancer Fortis base model

Oh Politik: Musa Hassan Bakal Bergelar Bekas Ketua Polis Negara

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Tan Sri Musa Hassan tidak akan disambung khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara dan akan digantikan oleh timbalannya, Datuk Ismail Omar.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein hari ini.

Pengumuman ini telah menghentikan spekulasi yang berbulan-bulan lamanya termasuk kempen yang dibuat oleh Utusan Malaysia agar beliau disambung perkhidmatannya.

Musa sepatutnya pencen pada tahun 2007, namun telah tiga kali khidmatnya disambung sebelum ini.
Read More - Oh Politik: Musa Hassan Bakal Bergelar Bekas Ketua Polis Negara

Oh Politik: Tuk Guru Ketuai Kelantan Saman Petroliam Nasional

Oh! Krai Utara

Share
Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.
NONESaman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.

Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:

1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.

2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.
NONE
3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.

4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.

5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.

Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.
Pertikaian berlarutan

Isu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.

Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.
Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.
NONESaman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.
Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum. - Mkini
Read More - Oh Politik: Tuk Guru Ketuai Kelantan Saman Petroliam Nasional

Oh Politik: Kejayaan Gemilang 1Malaysia Dibawah UMNO selama 53 Tahun! Menjana Tranformasi dengan Anugerah Tempat Ke 8 Paling Kemaruk Bahan Lucah di dunia

Oh! Krai Utara

Share

Kemaruk bahan porno




AMPANG: Statistik yang dikeluarkan Google Trends menunjukkan Malaysia menduduki tangga kelapan bagi negara paling banyak pencari maklumat mengenai seks sekali gus membuktikan masalah kebanjiran pornografi di Internet dan media semakin serius.
Justeru itu, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam akan menghantar memorandum bantahan mengenai kebanjiran bahan lucah itu kepada tiga kementerian selewat-lewatnya awal bulan depan.
Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim) Kuala Lumpur, Dr Niekmah Adam berkata, tiga kementerian itu termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).


“Lebih mengejutkan, apabila kajian dilakukan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (Ipsas), Universiti Putra Malaysia (UPM), April lalu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.


“Akses mudah kepada Internet mengakibatkan pelbagai masalah terutamanya kanak-kanak bawah umur antaranya mengeksploitasi maklumat peribadi dan salah guna jaringan sosial akibat kurang kawalan terhadap bahan yang diletakkan di Internet itu sendiri,” katanya dalam sidang media Bantahan Kebanjiran Bahan Pornografi di Internet dan Media Massa, di sini, semalam.


Menurutnya, pendedahan kepada unsur pornografi turut menjadi satu punca utama kes jenayah dan gejala seksual dikalangan remaja semakin meningkat.


Katanya, memorandum berkenaan akan mendesak kerajaan mengambil langkah serius untuk mengawal kebanjiran bahan lucah di kedua-dua saluran maklumat terbabit.


Antara lain kandungan memorandum berkenaan mendesak KPDNKK mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengedarkan bahan terbabit selain mengawal lambakan cakera video digital (DVD) lucah di pasaran.


Beliau berkata, KDN juga perlu mengawal penerbitan buku, majalah dan akhbar yang memaparkan cerita, berita dan grafik yang mengandungi unsur lucah melampau.
Read More - Oh Politik: Kejayaan Gemilang 1Malaysia Dibawah UMNO selama 53 Tahun! Menjana Tranformasi dengan Anugerah Tempat Ke 8 Paling Kemaruk Bahan Lucah di dunia

Oh Politik: Siapa Timbalan Menteri Bekalkan Gadis Kolej?

Oh! Krai Utara

Share
Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.
Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan….READ MORE
Read More - Oh Politik: Siapa Timbalan Menteri Bekalkan Gadis Kolej?

Oh Politik:RAYA INI...JANGAN RISAU PASAL AYAM! T MENTERI JADI BAPAK AYAM?

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR: Seorang timbalan menteri bakal disiasat polis selepas satu laporan dibuat kelmarin berhubung salah laku seksual dilakukannya selain didakwa turut terbabit dengan kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis di kalangan pelajar kolej.
Sumber polis berkata, seorang ahli politik berusia 50-an dan berasal dari Ipoh, Perak sebelum ini tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields kira-kira jam 11.08 malam kelmarin sebelum membuat laporan polis berhubung jenayah salah laku seksual yang dilakukan oleh timbalan menteri berkenaan.

Difahamkan, laporan polis berkenaan dilakukan oleh ahli politik terbabit yang mendakwa memperolehi bukti berhubung pembabitan suspek terhadap kes salah laku seksual selain pelacuran gadis bawah umur.

Malah timbalan menteri terbabit yang memulakan khidmat selepas Pilihan Raya Umum 2008 itu turut dikaitkan dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Difahamkan pengadu sebelum ini menerima surat layang menerusi pos laju yang dihantar kepadanya pada 11 Ogos lalu.

“Melalui kandungan surat terbabit, timbalan menteri itu didakwa terbabit dengan aktiviti pelacuran termasuk membekalkan gadis-gadis kolej terutama kepada golongan VIP

“Kandungan surat itu mendakwa timbalan menteri terbabit dikesan menggunakan sebuah rumah sewa di Gombak untuk melakukan aktiviti haram berkenaan,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal, surat terbabit dipercayai dihantar seorang daripada gadis yang pernah menjadi mangsa sindiket pelacuran berkenaan


Bagaimanapun semua perbuatan dikaitkan dengan suspek dilakukan di Ipoh menyebabkan pihak polis menyerahkan kes terbabit kepada polis Perak untuk menyiasat kes berkenaan.

Polis turut mengambil keterangan dari ahli politik yang membuat laporan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Setakat ini kes terbabit akan diserahkan kepada pihak polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk disiasat berikutan kes dilaporkan di negeri itu.
Read More - Oh Politik:RAYA INI...JANGAN RISAU PASAL AYAM! T MENTERI JADI BAPAK AYAM?

Oh Politik: Bingkisan Sebuah Puisi Cinta Buat Perdana Menteri

Oh! Krai Utara

Share
Oleh: Infinitikasih (HarakahDaily)


Buat Datuk Seri yang sedang bercuti,

bercuti pula di luar negeri,

doa semoga diselamat Ilahi,

bahagia bersama anak isteri.


Datuk Seri yang sedang bercuti,

bercuti di mana tidak diketahui,

sedang rakyat susah sana sini,

datuk pula bercuti di luar negeri.



Cuti-cuti Malaysia kempen diberi,

rakyat jelata jangan membaziri,

semua ada di Malaysia ku cintai,

tapi Datuk Seri bercuti di luar negeri.



Tatkala Datuk sedang romantis bercuti,

hadiah 5 dalam 1 telah diberi,

minyak gula dan gas ditarik subsidi,

katanya, bukan harga dinaiki,

tapi penyelarasan subsidi.



Rakyat kampung diam sepi,

memikir apa makna penyelarasan subsidi,

sedang kabinet tersenyum hepi,

rakyat telah ditipu lagi,

sedang PM bercuti di luar negeri.



FDI merudum diam la diri,

Tib-tiba adik Datuk Seri bagi pendapat sendiri,

apa dia tau hanya ceo CIMB,

nak jadi juru cakap Datuk Seri,

kepimpinan dinasti Najib al-Maliki.



Tembelang PKFZ sudah dijumpai,

Cina MCA kepala pencuri,

sedang Umno ditipu lagi,

rakyat pula terus dibodohi,

tapi Datuk Seri bahagia bercuti,

bercuti pula di luar negeri.



Sedang PAS DAP bersatu hati,

Umno terus mencemburui,

perpaduan Melayu jadi misi,

tapi PAS serik ditipu lagi.



Sedang rakyat sengsara hati,

merasa tawarnya kopi,

naik basikal mencari rezeki,

dapur kayu membakar api,

Sedang Datuk Seri pergi bercuti.



Curi pasir menjadi-jadi,

Selangor Penang ditunding jari,

apabila sudah kaya si kroni,

maka RTM tv3 mula mensensasi,

sedang ini projek Umno beri,

rakyat tersilap marah PKR DAP.



Pening sudah rakyat memerhati,

sosial ekonomi tak menjadi,

termenunglah mak cik siti,

menunggu pencen arwah suami,

300 sebulan menggigit jari.



Rakyat terus memerhati,

melihat kerakusan kabinet Datuk Seri,

gila talak tidak sudah lagi,

cukup Perak, Penang Selangor dimimpi,

tapi rakyat tidak bodoh lagi,

Datuk Seri pergilah bercuti.



Pulang nanti membawa isteri,

jangan dilupa duit rakyat beri,

akan dituntut suatu hari nanti,

untung rugi tanggung sendiri,

jangan dikata rakyat tak mengenang budi.



Wahai Perdana Menteri Datuk Seri,

jasamu ku kenang sampai ke mati,

tukar kerajaan bukun kerana sakit hati,

tapi amalan demokrasi jadi tradisi,

cukuplah parti perdana menteri,

cap kopi kapal api tidak diminati.



Kerajaan baru bakal dinanti,

kita lihat dan perhati,

revolusi dan transformasi bakal direalisasi,

Malaysia tercinta terus memacu ekonomi.



Sekian dari suara hati,

jangan disekat dengan akta menteri,

moga terus kekal ukhuwah ini,

Salam revolusi dari rakyat Datuk Seri,

Pakatan Rakyat membawa transformasi.


Infinitikasih,

Mafraq, Jordan.
Read More - Oh Politik: Bingkisan Sebuah Puisi Cinta Buat Perdana Menteri

Oh Politik: PAS makan asap keluar angin kalau benar berita ini...

Oh! Krai Utara

Share
PRU13 - PAS bakal hilang banyak kerusi Parlimen?


Merujuk kepada 2 cerita terbitan di HarakahDaily. Bacaan itu dirujuk dengan penuh minat dan penuh insaf. Berita pertama berbunyi, Sasaran 60 Kerusi Parlimen Cerah dan berita keduanya bertajuk, Retreat Sahkan Sokongan Melayu Kekal Kepada PAS.

Kenyataan Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ialah berhubung sasaran PAS untuk merampas 37 kerusi Parlimen daripada UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13, selain mempertahankan 23 kerusi yang sedia ada. Ini sangat menarik. Malah beliau turut menambah,
“Sasaran kita yang sebenar adalah 60 Parlimen ke Putrajaya, janganlah main isu lain,” kata Mohd Firdaus yang juga Pangarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat.
Selain itu memetik kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam rumusannya menegaskan undi teras Melayu terhadap PAS tidak merosot seperti di dakwa oleh sesetengah pihak.
“Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet. Pada PRU 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.”
Di dalam laporan HarakahDaily turut tertulis berikut, ‘Mengulas lanjut Mahfuz berkata, PAS memperoleh 45 peratus sokongan Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang sewaktu Datuk Seri Mohammad Nizar menjadi calon.Apakah PAS sedang berada dalam satu keadaan yang tertekan? Kenyataan Firdaus dan Mahfuz dilihat bertentangan diantara satu sama lain.

Firdaus menyatakan PAS mensasarkan 60 kerusi Parlimen, supaya ia akan muncul sebagai Parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat. Lebih dari itu, PAS akan muncul sebagai Parti Politik teras orang-orang Melayu.

Di sini penulis tidak mahu mempertikaikan sama ada PAS mampu atau tidak menang 60 kerusi Parlimen. Itu adalah persoalan lain. Tetapi penulis melihat bagaimana kedudukan PAS dalam PRU-13 berdasarkan kepada hujah-hujah dari mereka berdua itu.

Pada Jun 2009, penulis telah diarahkan untuk menyiapkan satu analisa bagi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam PRU 2008 lalu. Analisa itu dibuat bersempena Muktamar PAS pada tahun tersebut. Kenyataan Mohd Firdaus tidak bercanggah dengan analisa yang penulis buat ketika itu.

Tetapi berdasarkan analisa itu, kesimpulannya ialah jika PAS mahu memenangi kerusi-kerusi Parlimen yang PAS tewas di dalam 2008, PAS perlu..

1.Mempertahankan sokongan pengundi Melayu yang diterima di dalam PRU12.
2.PAS harus mengaut sokongan daripada pengundi-pengundi Cina.
3.Memperlengkapkan jentera di kawasan-kawasan Parlimen tersebut.

Bagaimanapun, ianya datang dengan risiko yang besar. Ini kerana di dalam menambah sokongan pengundi Cina, PAS perlu memberi lebih banyak konsesi kepada mereka. Jika ini berlaku, PAS berkemungkinan besar akan kehilangan pula pengundi teras mereka yang menyokong PAS kerana PAS memperjuangkan Islam. Ini akan menjadikan PAS hanya sebagai replika kepada Parti Keadilan Rakyat yang berjuang untuk menentang apa yang dilihat mereka sebagai ketidak adilan.

Kenyataan Mahfuz pula walaupun bertujuan untuk menyatakan bahawa undi Melayu terhadap PAS tidak merosot, tetapi sebenarnya,
Mahfuz telah mendedahkan bahawa undi Melayu terhadap PAS sudah merosot hampir 10 peratus dari tahun 1999. Kenyataan Mahfuz juga secara tidak langsung mendedahkan undi Melayu yang diterima PAS juga telah merosot hari ini berbanding dengan semasa PRU 2008.
Perlu diingat sewaktu berdepan dengan PRU12 lalu, PAS dan DAP tidak diikat oleh mana-mana gandingan politik melainkan memperjuangkan isu-isu bersama. Selepas PRU12, barulah PAS memeterai satu pakatan politik bersama DAP.Apakah ini yang mengakibatkan kemerosotan dari segi peratusan undi Melayu yang PAS terima?

Pengikut PAS harus sedar, jika benar PAS memperolehi hanya 45 peratus undi Melayu seperti yang dinyatakan oleh Mahfuz, tidak mustahil tragedi PRU 2004 akan berulang.

Jika hanya 45% pengundi Melayu memilih PAS pada hari ini, PAS akan berdepan dengan masalah bagi konstituensi-konstituensi dimana komposisi pengundi Melayunya melebihi 88 peratus. PAS juga akan bermasalah di konstituensi-konstituensi dimana pengundi Cinanya kurang daripada 18 peratus.

Ini bererti, PAS boleh kehilangan minimum 10 kerusi Parlimennya sekarang. Ini bagaimanapun tidak termasuk kerusi tradisi mereka di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian serta Marang. Bagaimanapun harus diingat, PAS pernah terlucut kerusi Marang dalam PRU 2004 yang lalu. Kerusi-kerusi yang mungkin PAS akan hilang ialah:

1. P007 Padang Terap.
2. P011 Pendang.
3. P012 Jerai.
4. P013 Sik.
5. P016 Baling.

Kesemua kerusi di atas adalah di Kedah dan pada 2004, kerusi-kerusi tersebut dimenangi oleh BN-UMNO melainkan Pendang dimana PAS pertahankannya dengan hanya 50 undi. Pada 1999 PAS menang Pendang dengan majoriti 2,939 undi atau 6.91 peratus. Pada Pilihanraya Kecil 2002, BN-UMNO merampas Pendang dengan majoriti, 283 undi atau 0.62 peratus.

PAS juga akan kehilangan kerusi-kerusi berikut:

6. P019 Tumpat.
7.P023 Rantau Panjang.
8. P025 Bachok
9. P028 Pasir Puteh
10. P031 Kuala Krai.

Pada tahun 2004, PAS kehilangan Kuala Krai dengan majoriti 2,416 undi, Pasir Puteh dengan 3,810 undi dan Bachok dengan 6,272 undi. Bagaimanapun Rantau Panjang di menangi PAS dengan majoriti 723 undi dan Tumpat dengan majoriti 1,820 undi.

Jika benar PAS menikmati 45 peratus undi Melayu dan kekal menikmati lebih 80 peratus undi pemilih Cina, PAS seharusnya tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi-kerusi berikut:

1. P008 Pokok Sena.
2. P021 Kota Bharu.
3. P036 Kuala Terengganu.
4. P057 Parit Buntar.
5. P059 Bukit Gantang.
6. P096 Kuala Selangor.
7. P101 Hulu Langat.
8. P108 Shah Alam.
9. P111 Kota Raja.
10. P119 Titiwangsa.

Daripada jumlah 43 buah kerusi Parlimen yang PAS tewas dalam PRU12, saya mendapati PAS hanya mempunyai peluang untuk menawan 9 buah kerusi Parlimen sahaja. Konstituensi tersebut ialah:

1. P081 Jerantut.
2. P067 Kuala Kangsar.
3. P042 Tasek Gelugor.
4. P090 Bera.
5. P095 Tanjung Karang.
6. P093 Sungai Besar.
7. P001 Padang Besar.
8. P079 Lipis.
9. P059 Lenggong.

Peluang PAS ini bagaimanapun banyak bergantung kepada calon yang akan diletakan oleh BN-UMNO serta keupayaannya mendapatkan sekurang-kurangnya 45 peratus undi pemilih Melayu.

Bagi konstituensi seperti Arau, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Jerlun, walaupun PAS menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam PRU12-2008, tetapi PAS akan menemui laluan sukar kerana mereka perlu memenangi lebih dari 50 peratus undi Melayu untuk menang di sini.

Walaupun PAS mensasarkan untuk bertapak di beberapa kawasan Parlimen di Negeri Sembilan dan Johor di mana pengundi Melayu kurang daripada 80% dan jumlah pemilih Cina adalah tinggi, namun pengikut PAS harus sedar, secara realitinya ia adalah amat sukar. Ini kerana PAS tidak mempunyai jentera yang besar di negeri-negeri tersebut bagi menawan kerusi-kerusi Parlimen.

Di dalam pilihanraya kecil di mana jentera PAS dari Kelantan dan Terengganu menumpu sepenuh perhatian pun, PAS masih menghadapi kesukaran apa lagi di dalam Pilihanraya Umum.

Sebenar-benarnya, PAS telah mengganjakkan pintu gol mereka untuk memudahkan DAP menjaringkan gol. Tetapi di dalam berbuat begitu, PAS telah menimbulkan kekeliruan kepada barisan pertahanan mereka.

Impak dari tindakkannya itu juga, PAS berpotensi untuk kehilangan kerusi-kerusi tradisinya kesan dari kemuncupan sokongan pengundi Melayu akibat keghairahan segelintir dari pimpinan PAS menari mengikut gendang perang oleh masyarakat Cina.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa, berkemungkinan PRU13 akan menjadi medan untuk UMNO membakar api perkauman di kawasan Melayu bagi menentukan hidup mati Ketuanan Melayu di bumi yang satu ketika dahulu di panggil Tanah Melayu.Jika ini benar berlaku, ia akan menyaksikan pengundian berdasarkan garisan perkauman dan PAS berkemungkinan akan tersepit di dalam pertembungan itu.

(sumber asal artikel dipetik dari blog Hambali1)
di copy dari - http://politikbanjar.blogspot.com
Read More - Oh Politik: PAS makan asap keluar angin kalau benar berita ini...

Oh Politik: Mat Taib dah Tak mahu ketuai Kelana Jaya..tanda tanda kecil UMNO dah nak kiamat

Oh! Krai Utara

Share
Umno bahagian Kelana Jaya masih mampu beroperasi seperti biasa walaupun tugas ketua bahagiannya kini telah dipangku timbalan ketua bahagian itu, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, isu itu juga tidak dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno petang ini.

"Tak bincang, tapi bahagian Kelana Jaya boleh teruskan. Tak ada masalah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut petang ini.

Najib turut ditanya lanjut berkaitan tindakan ketua bahagian itu Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyerahkan tugas ketua bahagian itu kepada timbalan beliau.

"Tak apalah dia (Muhammad) delegate (serahkan kuasa). Kita terima, jalanlah macam biasa.

"Kalau dia (Muhammad) delegate, dia (timbalan) ada kuasa sebagai pemangku ketua," kata perdana menteri. mkini
Read More - Oh Politik: Mat Taib dah Tak mahu ketuai Kelana Jaya..tanda tanda kecil UMNO dah nak kiamat

Oh Politik: Naik harga elak diseludup - Alasan Bodoh Awang Adek!

Oh! Krai Utara

Share
Kenaikan harga gula beberapa hari lalu bertujuan melemahkan aktiviti penyeludupan bahan berkenaan yang semakin berleluasa kini. 

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kenaikan daripada RM1.65 kepada RM1.90 sen sekilogram akan menyukar dan mengurangkan aktiviti penyeludupan bahan itu dan secara langsung menjimatkan wang subsidi yang dikeluarkan kerajaan. 

“Dengan kenaikan harga ini ia akan mengakibatkan kos penyeludupan meningkat yang mungkin akan menyebabkan penyeludup berfikir dua kali untuk menjalankan kegiatan tersebut seterusnya memudahkan pengguna mendapatkan bahan keperluan harian itu di pasaran tempatan yang sebelum ini sukar diperolehi,” katanya pada majlis perjumpaan dengan anggota Pusat Giat Mara di sini, semalam. 

Hadir sama Pengerusi Giat Mara Sdn Bhd, Datuk Shahiruddin Abdul Moin dan Pengurus Giat Mara Kelantan, Ahmad Nadzri Yahya. 

Menurutnya, kegiatan yang sukar dikawal sebelum ini berpunca perbezaan harganya terlalu tinggi iaitu RM1.65 di pasaran tempatan berbanding RM2.50 sen di negara jiran sehingga mendorong penyeludup menjalankan kegiatan itu untuk untung berlipat ganda. 

“Tiada maknanya kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk subsidi bagi menampung kenaikan bahan itu sekiranya sebilangan besar rakyat asing turut mendapat manfaat,” katanya.-SH
Read More - Oh Politik: Naik harga elak diseludup - Alasan Bodoh Awang Adek!

Oh Politik:Si kecil Teoh ke kubur bapa

Oh! Krai Utara

Share
Air mata hampir kering untuk mereka yang dekat dengan mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setahun lalu.

Ibu Soh Cher Wei, buah hati Teoh, kelihatan sebak atas kehilangan lelaki muda yang sepatunya menjadi menantu keluarganya.

Tetapi anggota keluarganya dengan wajah sugul hadir ke tanah perkuburan Nirvana Memorial Park di Semenyih, tempat persemadian terakhir Teoh.

Kira-kira 150 orang hadir untuk upacara dua jam setengah itu, kebanyakkan sejak jam lapan pagi lagi.

Anak sulung Teoh- yang tak sempat dilihatnya - Er Jia buat kali pertama tampil dibawa ibunya Soh.

"Saya harap dia membesar macam orang biasa, jauh dari mata semua orang. Normal itu bagus," katanya yang tidak membenarkan gambar anaknya diambil daripada depan. -mkini
Read More - Oh Politik:Si kecil Teoh ke kubur bapa

Oh Politik:Pengumuman Tarikh Raya Puasa...ERrr silap Harga Minyak Terkini Malaysia Kini

Oh! Krai Utara

Share
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikut adalah harga baru:
- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.
Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini. 

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.
Read More - Oh Politik:Pengumuman Tarikh Raya Puasa...ERrr silap Harga Minyak Terkini Malaysia Kini

Oh Politik;perwakilan MIC kecam PERKASA...episod bertumbuk dah nak mula?

Oh! Krai Utara

Share
Selepas MCA dan Pemuda Umno, hari ini perwakilan MIC di perhimpunan agung parti itu pula mengecam presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Perwakilan tersebut - S Pulligesi dari Batu Gajah - berkata PERKASA sepatutnya diharamkan sejak awal lagi.

Beliau turut menyalahkan Ibrahim yang didakwanya bertanggungjawab menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.

Ibrahim, dakwanya, sering mempertikaikan kerakyatan individu yang menimbulkan isu tertentu.

"Tapi siapakah dia untuk menuntut perkara ini?," soalnya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

"Dia boleh cakap apa yang dia mahu (kerana) ada wakil daripada kerajaan yang menyokongnya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan individu di dalam kerajaan yang didakwa mendukung PERKASA.

Pulligesi seterusnya meminta presiden Datuk Seri S Samy Vellu supaya masuk campur.

Beliau memberi amaran, negara akan diancam bahaya sekiranya keadaan ini tidak diperbaiki.

Dalam pada itu, seorang lagi perwakilan menuntut supaya pemimpin yang menyebabkan perpecahan kaum, ditahan bawah ISA.

Wakil Labuan, R Ramasamy berkata perdana menteri perlu segera menahan pemimpin "berlidah tajam" itu - termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan.-mkini



lagi episod pecah kepala umno bn la ni...
Read More - Oh Politik;perwakilan MIC kecam PERKASA...episod bertumbuk dah nak mula?

Oh Politik: Projek auta Afrika RM7 trilion, Projek Auta UMNO dah macam mana?

Oh! Krai Utara

Share
Dalam KOSMO hari ini Polis menahan tujuh warga asing termasuk dua wanita yang didakwa terlibat dalam sindiket menyamar sebagai Pengarah Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebuah institusi kewangan dan sedang rancak mencari mangsa-mangsa yang berminat menerima projek pelaburan RM7 trilion.
Ketua Penolong Pengarah Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa (gambar) berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan selepas seorang pengarah institusi kewangan itu membuat laporan pada Julai tahun lalu berhubung pergerakan sindiket terbabit yang menggunakan nama dan kedudukannya untuk menawarkan projek palsu.
"Sindiket tersebut dikesan menghantar e-mel secara rawak kepada orang awam dengan menggunakan nama pengarah SC berkenaan dan menawarkan pelaburan yang didakwa milik projek institusi tersebut bernilai RM7 trilion," kata beliau di sini semalam.
tu cerita tujuh orang asing tipu orang kita, tapi macam mana orang kita tipu orang kita.
Read More - Oh Politik: Projek auta Afrika RM7 trilion, Projek Auta UMNO dah macam mana?

Oh Malaysia: Gangster Ekonomi Yahudi - Kini di Malaysia

Oh! Krai Utara

Share
Oleh Abu Zahid
yahudi_gangster1.jpgSetelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.
Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspira si teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika

Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire- billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?

Apakah penganalisis- penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?

Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?
Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?

(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).

Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif

Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabk an kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.

Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan- permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.

Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.

Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.

Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas.

Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar.

Kesimpulan

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah ‘Rothschild’ dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.

Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.

Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut;

Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966)

Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya. Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama.
 
 
http://kppassetiu.blogspot.com/2010/07/gangster-ekonomi-yahudi-kini-di.html 
Read More - Oh Malaysia: Gangster Ekonomi Yahudi - Kini di Malaysia

OH Tuhan:Wanita Penan terus diperkosa pembalak, Mana Pembela Bangsa

Oh! Krai Utara

Share
Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan. 
Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.

Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.

Menurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.

Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil 
siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks. READ MORE di  .malaysiakini
Read More - OH Tuhan:Wanita Penan terus diperkosa pembalak, Mana Pembela Bangsa

OH Politik:PENDEDAHAN PANAS! KISAH BENAR DISEBALIK KERUGIAN SILTERRA MALAYSIA SDN BHD!

Oh! Krai Utara

Share
Sekarang ini aku nak menceritakan tentang perihal sebuah syarikat GLC di Kedah, syarikat ini diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir! Syarikat ini dipanggil dengan nama Silterra Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini mengeluarkan cip-cip semikonduktor yang dipasarkan seluruh dunia! 

Syarikat ini sebenarnya adalah sebuah syarikat yang bersaing di persada antarabangsa tanpa sebarang perlindungan dari kerajaan! Syarikat ini dimiliki oleh Khazanah Nasional sebanyak 85% dan selebihnya oleh pelabur asing.

Pada mulanya Silterra ini berkembang maju tetapi bila tibanya PM ke 5 iaitu Tun Dol Bodohwi, maka bermulalah nasib malang syarikat ini. Khazanah di bawah En(Tan Sri) Azman Mokhtar telah melantik sahabat baik dia iaitu En Jalaluddin Mohd Jarjis sebagai Pengerusi Syarikat sekitar tahun 2004.

Yang menjadi persoalannya semasa perlantikan ini, Azman Mokhtar telah melantik seorang yang tidak ada pengalaman dalam industri semikonduktor, tak cukup dengan tu semua syarikat milik Jalaluddin terlungkup dek kerana kerakusan beliau, contohnya Encipta Sdn Bhd. Atas kapasiti apa dia dilantik sebagai Pengerusi ya?

En Jalaluddin ni pulak cukup gemar hidup secara mewah, contohnya dia suka BREAKFAST di Carcosa Seri Negara tiap-tiap hari! Bil Petrol dia sahaja sudah boleh mencecah lebih dari RM4000 sebulan, padahal dia tinggal di sekitar ibu negara saja. Dia suka keluar negara selalu dengan alasan untuk mencari bisnes tapi hakikat sebenarnya dia pergi untuk bisnes peribadi dia sendiri, naik flight first class lagi, semuanya ini akan dibil kepada Silterra! Hebat bukan?
Eg Kah Yee

Tambah malang lagi si Jalaludin ini juga telah mencadangkan seorang warga Singapura iaitu Eg Kah Yee dilantik sebagai CEO Silterra pada tahun 2007. Lepas Eg Kah Yee dilantik, perkara pertama yang dilakukan oleh CEO baru ini ialah melantik kekasih hatinya Audrey Ng sebagai CON-SULTAN Silterra.

Maka bermulalah episod merampok secara besar-besaran di dalam syarikat yang bernama SIlterra ini, pada setiap masa mereka berdua akan travel sekali, pasangan kekasih ini akan menaiki penerbangan kelas pertama tapi bila tang bilik mereka berkongsi bersama, segala pengurusan perjalanan akan dibuat melalui syarikat yang ada kepentingan dengan Audrey Ng.

Mereka akan claim semua perbelanjaan ini kepada Silterra, padahal bila kesana kemari bukan urusniaga Silterra pun yang mereka lakukan tetapi untuk KeyAsic sebenarnya, KeyAsic ini dimiliki oleh Eg Kah Yee yang juga merupakan CEO Silterra, bukan setakat itu sahaja Silterra dipaksa untuk berususniaga dengan KeyAsic.

Segala duit milik Silterra juga dirampok oleh Eg Kah Yee melalui transaksi-transaksi "palsu". Silterra diminta untuk bayar beratus-raus juta US Dollar kepada KeyAsic tetapi barang sehingga kini tidak dihantar! Ini kira urusniaga atas angin la ni! Ini dah dikira sebagai PECAH AMANAH ni! 
Dari kiri, Jalaluddin Jarjis, Eg Kah Yee dalam majlis penyenaraian KeyAsic di Bursa Saham (Mesdaq)

Hasil dari rompakan ini, KeyAsic telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur di kaunter Mesdaq! Korang nak tahu siapa yang dilantik sebagai Pengarah KeyAsic? Tak lain dan tak bukan En Jalaluddin Jarjis la orangnya! Ini kisah 'you scracth my back, I'll scratch yours'!

Selepas saja Eg Kah Yee dilantik Silterra mengalami kerugian beratus juta dan kerugian ini berterusan selama dua tahun berturut-turut, tetapi yang peliknya syarikat yang dimiliki oleh Eg, iaitu KeyAsic ni mengalami keuntungan yang sama jumlah kerugian yang dialami oleh Silterra, contohnya Silterra rugi RM200 juta maka KeyAsic untung RM 200 juta! Pelik kan?

Macamana si Eg Kah Yee boleh buat magik macam tu ya? Ini nampak macam ambik kat sino dan letak kat sana kan? Nak dijadikan cerita, lepas Eg Kah Yee "dibuang" dari SIlterra, keuntungan syarikat KeyAsic menurun sehingga sekarang! Pelik bin Ajaib betul kan?

Inilah hero yang menyelamatkan Silterra dari rugi kepada untung! Anak Malaysia bukan dari OXFORD!

Lebih menyedihkan lagi, selepas CEo lama dibuang, Khazanah melantik orang Malaysia iaitu Dr Kamaruzzaman dari Sapura sebagai CEO yang baru dengan harapan agar sejarah "terus lingkup" (Sebab bagi Khazanah bila syarikat dah rugi, boleh dijual dengan haraga murah! Ingat MV Augusta? Macam tu la lebih kurang)! 

Zaman Tun Dol menjadi Pengerusi Khazanah iaitu sekitar 2008, si Tun Dol telah mengarahkan supaya Silterra ini dijual (kalau Tun Dol siapa lagi penasihatnya kalau bukan si Kitol tu la kan!) 

Malangnya, CEO baru membuat magik, tapi ini bukan magik jenis EG Kah Yee tadi, ini betul punya magik sebab Silterra yang dah nyawa-nyawa ikan ini dah mula menampakkan keuntungan tahun lepas. Tahun lepas sahaja syarikat ini telah mengeksport RM600 juta dan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM60 juta.

Lantik orang asing Silterra rugi, lantik orang Malaysia SIlterra untung, MALAYSIA MEMANG BOLEH! Cuma CEO baru ini bukan dari OXFORD jadi dia bukan favorite si menantu hantu la! 

Yang menjadi persoalan besar bagi aku ialah, kenapa selepas mengetahui CEO lama iaitu Eg Kah Yee telah PECAH AMANAH tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap beliau! Silterra sudah mendapat keuntungan tetapi Kahzanah masih lagi mahu menjualnya, kenapa nak jual syarikat yang mendapat untung?

Terbaru, difahamkan bahawa Silterra akan dijual kepada bekas CEO cum Perampok tahap Penyamun Tarbus si Eg Kah Yee! Tak cukup dengan itu, Khazanah akan membayar pulak kepada si Eg Kah Yee sebagai tanda penghargaan kepada Eg Kah Yee untuk membeli Silterra? Apa benda ni beb?

Dah la Khazanah jual syarikat yang buat keuntungan ni, pastu dijualnya pada si Perampok ang cuba memusnahkan Silterra, dibayar pulak tu! Bila aku dapat tahu pasal kisah ni, mengelegak darah aku fikrikan kemusnahan yang telah dibawa oleh Tun Dol berserta dengan anak menantunya! 

Aku harap Silterra tidak dijual dan biarlah ianya menjadi salah satu syarikat yang menjana kewangan untk negara di bawah MEB! Biarlah seorang anak Malaysia yang telah membawa keuntungan supaya terus menerus membawa keuntungan tersebut! Ingat, ini hak rakyat juga, maka kita berhak untuk bersuara! 

Dalam keadaan ini, aku cukup kesian kat DS Najib, dia terpaksa mencuci segala taik-taik yang ditinggalkan oleh PM ke 5 tu! Sebab inilah aku menyokong najib sebab dia dapat kerajaan dalam keadaan yang sangat parah! Tujuan aku membongkarkan cerita ini supaya rakyat tahu ini bukan salah Najib tetapi salah Tun Dol dan Khairy SKUM!-parpukari.blogspot.com
Read More - OH Politik:PENDEDAHAN PANAS! KISAH BENAR DISEBALIK KERUGIAN SILTERRA MALAYSIA SDN BHD!

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...