OH! Malaysiaku::Orang Asli mati terkena tembakan senapang buatan sendiri

Oh! Krai Utara

Share
BERA: Seorang lelaki Orang Asli mati akibat terkena tembakan senapangnya sendiri selepas beliau terjatuh dari motosikal ketika sedang memburu babi hutan bersama dua rakannya di kawasan ladang getah Kampung Bukit Rok di sini, dua hari lalu.
Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Ahmad Zahid Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang ketika Chai Musa, 40, menunggang motosikal berasingan ke kawasan ladang getah berkenaan sebelum berpecah daripada rakannya untuk menjejaki binatang itu. Beliau berkata, Chai dipercayai melalui jalan berbukit dan senapangnya, yang adalah senapang buatan sendiri, diletakkan dalam bakul di bahagian depan motosikal.

"Bagaimanapun motosikal Chai dipercayai tergelincir akibat hujan lebat ketika mendaki sebuah bukit menyebabkan senapang itu tertembak dengan sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Ahmad Zahid berkata, dua rakan Chai bergegas mendapatkannya selepas terdengar bunyi tembakan kerana menyangka dia berjaya menembak binatang buruan, namun mereka mendapati Chai terbaring di sisi motosikalnya dalam keadaan berlumuran darah.


Beliau berkata, Chai meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.


Menurutnya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dan polis kemudian merampas selaras senapang patah buatan sendiri serta beberapa butir peluru milik Chai.-Bernama
Read More - OH! Malaysiaku::Orang Asli mati terkena tembakan senapang buatan sendiri

OH! Artis:: Datuk K Tak Mampu Bayar Saman Ke ?? RM12,100.00 Je Kot…!!!

Oh! Krai Utara

Share
 
Seperti Yang Kita Sedia Maklum, No Plat KCT 1 Telahpun Menjadi Hakmilik Kekal Pasangan Pinang Di Belah Kapak, Dato Siti Nurhaliza Dan Datuk K Dengan Harga Rm66,550.00 *Kalau Aku, Duit Ni Baik AKu Beli Superbike* , Tapi Yang Aku Hairan Bin Ajaib, Kenapa Dia Tak Settlekan 61 Saman Yang Bernilai RM12,100.00 ni Dulu.. Tak kan Nak Kumpul Sampai RM1 Juta Baru Nak Bayar Kot..??…READ MORE
Read More - OH! Artis:: Datuk K Tak Mampu Bayar Saman Ke ?? RM12,100.00 Je Kot…!!!

OH! Malaysiaku::Mengenali 10 Lelaki Terkaya Malaysia

Oh! Krai Utara

Share

Artikel panjang ini membincangkan kisah 10 lelaki terkaya di Malaysia dari Vincent Tan yang memiliki $1.6 billion sehinggalah kepada Robert Kuok yang memiliki $12 billion. Wow! Banyak duit tuh. Patutlah UMNO melutut di kaki tauke judi nih, kwah kwah.
1. VINCENT TAN
LELAKI KONTROVERSI dengan aset $1.6 billion ni berusia 58 tahun, sudah berkawin malah mempunyai 11 orang anak. Hebat juga. Biasanya 
orang Cina anak satu atau dua saja. BERJAYA GROUP miliknya menguruskan Starbucks, papa John’s Pizza dan Wendy’s, dan banyak lagi.
Vincent ini memiliki banyak aset di Vietnam dan Jepun. Merupakan pemilik kepada Friendster.com. Selepas kecoh-kecoh dengan isu judi bola, 
Vincent telah menjual pegangannya dalam syarikat judi Ascot Sports, kepada syarikat Berjaya Sports, yang juga miliknya, kui kui.
Kasih sayang yang kuat dan jitu antara UMNO dan beliau pastilah menyumbang kepada kejayaan tauke judi ini. Akhbar melaporkan bahawa beliau 
telah menyumbang dan menaja 11 pilihanraya kecil UMNO-BN yang terkini. Wow.
2. SYED MOKHTAR ALBUKHARI
Umur sekitar 58, sebaya dengan Vincent Tan. Anak ada 5, kurang 6 orang banding dengan Vincent Tan. Takpe, teruskan berusaha…READ MORE
Read More - OH! Malaysiaku::Mengenali 10 Lelaki Terkaya Malaysia

OH! Malaysiaku::Nasi Kerabu Organik

Oh! Krai Utara

Share

Nasi Kerabu Organik... yang pertama di Malaysia... cuma ada beberapa kerat je orang malaysia yang dah rasa Nasi Kerabu Organik termasuk aku, Presiden China Muslim Beijing pun bernasib baik sempat rasa dan sangat-sangat berminat dengan padi organik ni.
Beras Organik sebelum dimasak... warna keperang-perangan... ada yang tanya - "kenapa nampak kotor je..?".

Ni nak bagitau semua, asalnya kebanyakan beras berkualiti warnanya keperang-perangan. yang jadik kaler putih melepak tu sebab dah lalui proses "polishing" supaya 'kununnya" nampak putih & bersih.

Padahal proses "polishing" tu dah membuang selaput luar atau kulit luar beras yang mengandungi banyak Vitamin, Zat dan Khasiat.

Mat Saleh dah tipu kita laaamaaa sangat dah... mula dari bajak, semai semuanya disodok dengan macam-macam racun (kununnya baja) yang sikit demi sikit menghilangkan zat-zat yang ada dalam beras.

Sebab tu la orang Malaysia ni makin lama makin kecik, makin halus, makin pendek... sebabnya sekian lama makanan asas kita iaitu beras dihilangkan zat2nya oleh Mat Saleh.

Yang kita makan sebenarnya ialah racun. lepas bajak, tanah ditabur dengan racun, lepas semai sembur lagi racun, dah bercambah bunga sembur racun, dah berbuah sembur racun, dah masak pun sembur racun.

Elok pakat-pakat bertukar pada makanan organik yang 100% nyah racun dan berkhasiat tinggi.

Sekarang harganya beras organik ni memang mahal sebab production kita tak banyak, kalau semua rakyat Malaysia support, insya-Allah industri sihat ni akan berkembang, sawah-sawah padi organik akan bertaburan di Malaysia dan masa tu, harganya Insya-Allah akan jadi lebih murah dari sekarang sebab kalau dikira dari segi kos, kos tanaman padi organik jauh lebih murah dari padi-padi lain yang kita ada sekarang.

Jadi elok la kita pakat-pakat tolong promote padi organik ni dekat semua kawan2 yang kita kenal. -topeng perak unmasked
Read More - OH! Malaysiaku::Nasi Kerabu Organik

OH! Politik::Berkat 40 ulama' join UMNO akhirnya Najib dah jadi Alim sikit, err judi kensel la ...

Oh! Krai Utara

Share
Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.
Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.
Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.
Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka akan menerima keputusan tersebut.'

Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. MKINI
Read More - OH! Politik::Berkat 40 ulama' join UMNO akhirnya Najib dah jadi Alim sikit, err judi kensel la ...

OH! Malaysiaku:: Ke mana hilangnya Dewi Kartika?

Oh! Krai Utara

Share
IBRAHIM menunjukkan gambar Dewi Kartika di rumahnya di Kampung Gajah semalam.
PARIT – Seorang bapa tidak dapat menahan perasaan gelisah selepas anak gadisnya, Dewi Kartika Ibrahim, 17, menghilangkan diri tanpa berita sejak Selasa lalu.
Ibrahim Hassan, 50, berkata, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak itu tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan seorang rakan perempuan di pusat bandar Teluk Intan dekat sini.
“Pada kira-kira pukul 4 petang Selasa lalu, Dewi Kartika beritahu mahu berjumpa dengan kawan perempuannya sambil membeli beberapa peralatan sekolah di Teluk Intan.
“Dia menunggang motosikal hingga di tebing Sungai Perak dan menyeberang ke Teluk Intan dengan bot penambang. Namun hati saya tidak sedap apabila dia tidak pulang hingga ke malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Jejawi, Kampung Gajah dekat sini semalam…READ MORE
Read More - OH! Malaysiaku:: Ke mana hilangnya Dewi Kartika?

OH! Politik:: MIC Tidak Setuju Peperiksaan UPSR Dimansuhkan, Apakah PAS setuju!

Oh! Krai Utara

Share
 Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata parti itu menentang sebarang tindakan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak meneruskan cadangan itu.
"UPSR diperkenalkan berdasarkan pandangan pakar kerana mereka menyedari ia pentingan untuk menilai pemikiran pelajar selepas tempoh tertentu.
"Sekiranya UPSR dimansuhkan, pelajar tidak mempunyai inisiatif untuk belajar dan akan menjadi seperti mesin, manakala guru pula tidak akan mempunyai atau mengambil inisiatif untuk menyediakan pelajar mereka menghadapi penilaian itu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, pada 20 Jun lepas bahawa kementerian mencadangkan UPSR dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.
Samy Vellu berkata Malaysia tidak harus mencontohi sistem pendidikan di negara-negara lain sebaliknya harus mempunyai standardnya sendiri. - BERNAMA
Read More - OH! Politik:: MIC Tidak Setuju Peperiksaan UPSR Dimansuhkan, Apakah PAS setuju!

OH! Malaysiaku:: ~ PROGRAM BEKWOH LAKSA KELATE ~

Oh! Krai Utara

Share
Tarikh:
04hb Julai 2010
Masa:
2.00 ptg - 6.00 ptg
Lokasi:
Dewan Serbaguna Seksyen 7
Jalan:
Jalan 7/1 D , Bandar Baru Bangi, Selangor.

Keterangan

Assalamualaikum wbt tuan/puan semua,


Persaudaraan Anak Darul Naim (PERSADA) akan menganjurkan satu Program Jamual Amal seperti berikut;


~ PROGRAM BEKWOH LAKSA KELATE ~


Pada : AHAD 4hb Julai 2010 Bersamaan 21 Rejab 1431H
Tempat : Dewan Serbaguna, Seksyen 7, Jalan 7/1 D, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Masa: Jam 1:30 tgh ~ 5:30 ptg


Acara Menarik : Persembahan Dikir Barat, Cabutan Bertuah dll.. Juga tetamu2 VIP akan hadir (diumumkan kemudian).


Tuan/puan semua, ahli keluarga dan sahabat dijemput hadir untuk memeriahkan program amal ini disamping kita dapat mengeratkan ukhwah dan silaturrahim sesama kita Anak2 Kelantan, bertanya khabar dan bertukar2 pendapat dan pandangan.


Untuk tujuan amal/derma, kupon2 berharga RM5.00 akan mula diedarkan kepada tuan/puan semua secepat mungkin InsyaAllah..


Sebarang kemusykilan dan pengesahan kehadiran, sila hubungi:-


Pgh. Program : 0123268027 (Ali Hanafiah)
AJK Program : 0176242252 (M Rajoli)
: 0126511931 (Zul Teras Jernang)
: 0123619259 (Zainuha)


Sebarang matlumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.. sila kunjungi ke FB [PERSADA] selalu..


Wassalam.. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Allah swt..
Read More - OH! Malaysiaku:: ~ PROGRAM BEKWOH LAKSA KELATE ~

OH! Politik:: '1Funny Malaysia' - Majalah Yang Paling Tak Lawak dan Bangang Di Hati Najib

Oh! Krai Utara

Share
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharam buku terbitanMalaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selain buku '1Funny Malaysia', yang diterbitkan olehKinibooks yang merupakan anak syarikatMalaysiakini, dua lagi komik Zunar -Perak Darul Kartundan Isu Dalam Kartun - turut diharamkan.

Ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata buku-buku tersebut diharamkan kerana ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Ketiga-tiga bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

"Ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya. READ MORE
Read More - OH! Politik:: '1Funny Malaysia' - Majalah Yang Paling Tak Lawak dan Bangang Di Hati Najib

OH! Muslim::Ooo Ini Rupanya Penipu yang Berserban! Berlebai!

Oh! Krai Utara

Share

Dr. Asri saman je si Zamihan ni..orang penipu tak boleh dibiarkan bebas berkeliaran.

Zamihan Pendusta - Mohd. Asri

PETALING JAYA: Tuduh-menuduh antara dua tokoh agama berhubung isu Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI) semakin rumit apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin melakukan 'pendustaan yang nyata'.
Mohd Asri mendakwa, pegawai kanan ILIM itu melakukan pembohongan dalam taklimatnya yang dilakukan secara tertutup oleh Bukit Aman kepada pucuk pimpinan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengaitkan beliau 'sepemikiran dengan Wahabi'.
Bagaimanapun Mohd Asri membidas kenyataan tersebut dan mencabar Zamihan membuktikan kebenaran dakwaannya.
"Dalam buku Bid’ah: Istilah yang disalahfahami sama sekali tiada disebutkan perkataan sedemikian... sekadar yang ada ialah apa yang disebut oleh Imam al-Syatibi, pun begitu tiada perkataan beliau yang dipetik menyamakan dengan Kristian.
"Saya mencabar Zamihan membuktikan ayat dan muka surat mana yang menyebut hal seperti itu, apa yang pasti jelas bahawa beliau telah memberikan taklimat yang dusta lagi bohong kepada pegawai keselamatan dan pucuk pimpinan tertinggi seluruh negara," katanya di sini hari ini.
Menerusi laporan sebuah portal berita hari ini, Zamihan berkata, pada pembentangan kepada pihak penguatkuasa dan wakil-wakil universiti itu, beliau hanya menyebut Mohd Asri sepemikiran dengan Wahabi.
Asas kenyataan beliau ialah berdasarkan buku tulisan Mohd Asri sendiri yang bertajuk Bid’ah: Istilah yang disalahfahami menyatakan pandangan bahawa sambutan Maulidurrasul sama dengan amalan orang Kristian.
Selain itu Mohd Asri turut mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan Zamihan terlibat dalam taklimat penting berkenaan.
"Persoalannya, bagaimana kerajaan atau pihak polis boleh membenarkan pendustaan seperti ini dibuat dalam satu taklimat penting mengenai keselamatan negara?," katanya.
Bagaimanapun Mohd Asri mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan pandangan serta mempertahankan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berhubung sambutan Maulidur Rasul.
"Di sudut yang lain, jika ada pihak yang tidak ingin mengadakan perayaan Maulid (Maulidur Rasul) seperti Kelantan atau Perlis, apakah pula kaitannya dengan keselamatan negara? Jelas, isu keselamatan negara telah menjadi mainan pihak tertentu dan dipermudah-mudahkan.
"Isu ini menggambarkan betapa suasana pengurusan keselamatan negara diperjudikan atas perkara-perkara remeh seperti ini," katanya.
Read More - OH! Muslim::Ooo Ini Rupanya Penipu yang Berserban! Berlebai!

OH! Malaysiaku:: Penjara Pudu, Dalam Kenangan

Oh! Krai Utara

Share
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1895..READ MORE
Read More - OH! Malaysiaku:: Penjara Pudu, Dalam Kenangan

Oh! Tuhanku : Dr Asri, Mufti Perlis: Mengapa kerajaan BN bohong?,

Oh! Krai Utara

Share
Dakwaan pelbagai pihakbahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik terbukti mempunyai asas yang kukuh, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu kenyataan bersama hari ini. 

Mereka mengulas laporan 
Malaysiakini malam tadi yang menyebut, dalam satu taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. 

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka. 
www.malaysiakini.com
Read More - Oh! Tuhanku : Dr Asri, Mufti Perlis: Mengapa kerajaan BN bohong?,

RMK10: Untungkan Pemodal Konglomerat Swasta, Sisihkan Ekonomi Rakyat- DSAI

Oh! Krai Utara

Share
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan taklimat mengenai RMK 10 kepada pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan negeri serta wartawan.
Penasihat Ekonomi Selangor itu melahirkan dukacita kerana Rancangan Malaysia ke-10 mengutamakan kepentingan pemodal dan konglomerat
swasta dan meminggirkan keperluan rakyat.
Anwar berkata RMK-10 berpaksikan gelombang penswastaan besar-besaran, tetapi mengenepikan matlamat untuk mengangkat kemampuan
ekonomi rakyat jelata…READ MORE
Read More - RMK10: Untungkan Pemodal Konglomerat Swasta, Sisihkan Ekonomi Rakyat- DSAI

Oh! Politik :.Kucing dan Najib mana lebih Ganas?

Oh! Krai Utara

Share

Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.
"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.
"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.
"Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti," katanya.
Najib berkata semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih. -BERNAMA

soklan aku :
apakah nama kucing tersebut mengikut pendapat korang, yang paling sesuai kita bagi nama?

Read More - Oh! Politik :.Kucing dan Najib mana lebih Ganas?

Oh! Politik :.Datuk Zaid Suruh Najib perlu lepaskan Felda, Najib tak pandai urus Felda.

Oh! Krai Utara

Share
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menuntut supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan cengkamannya ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi membolehkan organisasi itu diuruskan secara telus dan profesional.



Bekas menteri di jabatan perdana menteri itu juga menuntut supaya penjelasan lanjut diberikan berhubung kemerosotan jumlah rizab tunai Felda yang menjunam daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada tahun lalu.
Zaid meminta supaya penjelasan lanjut diberikan terhadap jawapan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan di Dewan Rakyat bahawa jumlah rizab berkenaan susut sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.  READ MORE
Read More - Oh! Politik :.Datuk Zaid Suruh Najib perlu lepaskan Felda, Najib tak pandai urus Felda.

Oh! Politik :Saya Masih Lagi AP Batu Yang Sah - Tian Chua

Oh! Krai Utara

Share
PETALING JAYA: "Saya masih lagi Ahli Parlimen Batu yang sah, tidak ada sebarang keraguan tentang itu," tegas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada mStar Online semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengurangkan denda ke atas beliau kerana didakwa mencederakan seorang anggota polis pada tahun 2007.
Mengikut perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000. READ MORE
Read More - Oh! Politik :Saya Masih Lagi AP Batu Yang Sah - Tian Chua

Oh! Politik:Video: Jenazah Al Marhum Ustaz Hassan Selamat Dikebumikan

Oh! Krai Utara

Share
Read More - Oh! Politik:Video: Jenazah Al Marhum Ustaz Hassan Selamat Dikebumikan

Oh! Politik:. Pemberhentian Biasiswa Luar Negara, Petanda Negara Menuju Kegersangan Ekonomi

Oh! Krai Utara

Share
Pemberhentian Biasiswa Luar Negara Tanda Pengiktirafan Kepada Universiti Tempatan
KUALA LUMPUR: Pemberhentian pemberian 1,500 biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara mulai tahun depan akan dilakukan secara berperingkat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata langkah itu bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi menanggung pelajar yang menuntut di luar negara.
"Kita kurang secara berperingkat. Ini soal kemampuan kerana perbelanjaan untuk seorang pelajar terlalu mahal. Lebih untung kalau kita belanjakan untuk orang ramai," katanya.
Mohamed Nazri mengulas laporan media hari ini yang memetik beliau sebagai berkata bahawa JPA akan menghentikan pemberian 1,500 biasiswa kepada pelajar bagi mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara tahun depan.
Namun, mereka yang mendapat tempat di universiti terkemuka seperti Oxford dan Cambridge, masih boleh memohon untuk diberikan biasiswa. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata penamatan pemberian biasiswa itu dijangka mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar tempatan.
Katanya universiti tempatan bersedia menampung jumlah pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara ekoran keputusan itu.
"Apabila ramai pelajar tidak dihantar ke luar negara, ini bermakna ramai pelajar akan belajar di universiti yang terbaik di sini. Kita memang dari segi nak tentukan sama ada universiti itu mencapai kecemerlangan atau tidak, salah satu komponen yang penting ialah pelajar terbaik.
"Ini bukan soal tiada masalah. Dari segi IPT (Institusi Pengajian Tinggi) tempatan, kita sedia menampung jumlah pelajar," katanya kepada Bernama di lobi Parlimen di sini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu sambil menyifatkan ia akan mengurangkan bebanan kos kepada kerajaan.
"Kita menyambut baik usaha ini untuk memberikan biasiswa kepada lebih ramai pelajar tempatan. Kalau kita beri biasiswa kepada 1,500 pelajar yang belajar di luar negara, memang tak cukup juga kerana tiap-tiap tahun yang merayu pun ramai juga.
"Banyak juga universiti luar negara yang ada kampus berkembar dalam negara kita. Sekarang ini, kalau RM1 juta hanya kepada tiga orang pelajar dan bagi kursus perubatan ia menelan lebih RM1 juta. Kalau kita nak hantar pun ialah untuk pakar," kata Liow.
Liow yang juga Timbalan Presiden MCA berkata usaha menghentikan pemberian biasiswa tidak dilihat menyekat peluang mana-mana pihak malah dilihat mampu mengantarabangsakan universiti tempatan. - BERNAMA
Read More - Oh! Politik:. Pemberhentian Biasiswa Luar Negara, Petanda Negara Menuju Kegersangan Ekonomi

Oh! Politik:.Tuk Guru minta perwakilan hentikan guna gelaran

Oh! Krai Utara

Share
 Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap perwakilan muktamar parti yang menggunakan gelaran yang boleh menyinggung perasaan pihak tertentu termasuk musuh politik.
Beliau berkata, sikap suka menggelar individu tertentu perlu dikikis bagi mengelakkan PAS sebagai parti yang mengamalkan prinsip dan ajaran Islam dilabel tidak matang dalam berpolitik.
"Kalau nak guna untuk seronok tu tak apa, tapi kalau boleh jangan guna langsung terutamanya hingga boleh lukakan hati mereka walaupun musuh.
"Macam semalam ada perwakilan guna gelaran 'suami Najib'... jangan pakailah perkataan-perkataan macam ini," katanya pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini hari ini.
Beliau membuat teguran berkenaan selepas ada perwakilan semasa berbahas semalam menggunakan gelaran 'suami Najib' bagi merujuk kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain itu Nik Abdul Aziz mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Menurutnya Nabi Muhammad SAW sendiri mengajar umatnya supaya memanggil seseorang itu tidak kira sesiapa sahaja dengan panggilan yang paling disenangi.
"Nabi ajar kita supaya bila nak sebut nama orang, sebutlah nama yang paling dia senangi.
"Kita jangan buat perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam," tegas beliau
Read More - Oh! Politik:.Tuk Guru minta perwakilan hentikan guna gelaran

Oh! Artis:.Kes Dadah - Saiful Apek Ditahan Polis

Oh! Krai Utara

Share
Saiful Apek
PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan penyalahgunaan dadah. READ MORE
Read More - Oh! Artis:.Kes Dadah - Saiful Apek Ditahan Polis

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...