OH Artis: Misha Omar Akui Dah Makin Gian Berteater?

Oh! Krai Utara

Share
KUALA LUMPUR, 24 SEPT 2010: Selepas menceburi bidang nyanyian dan pengacaraan, Misha Omar atau nama sebenarnya Samiha @ Aisah Binti Omar, 28, kini nampaknya sudah mula giat mengembangkan bakat seninya dalam bidang pementasan teater.
Sejak penglibatannya dalam teater muzikal Gamat tahun lalu dia kini semakin berani untuk beraksi di pentas teater apabila berjaya menjadi peneraju utama pementasan Teater Muzikal Uda & Dara serta terbaru melibatkan diri pula dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir terbitan CRTA Production yang telah diasaskan oleh penggiat teater prolifik, Siti Rohayah Attan atau Roy.
Oleh kerana mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap pementasan teater, Misha yang ditemui memberitahumurai.com.my dirinya kini tidak lagi berasa gementar untuk beraksi di pentas teater malah dia kini akui lebih teruja untuk beraksi dalam pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada hari ini 24 September 2010 hingga 4 Oktober 2010, bermula jam 8.30 malam ini.
“Setelah terlibat dalam beberapa pementasan…READ MORE

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...