Tajuk Artikel Atau Banner Blog Berunsurkan Maksiat (lucah) mengikut ustaz nor amin

Oh! Krai Utara

Share
Salam kepada semua, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw. Pagi yang mulia ini saya di tanya oleh seseorang tentang bagaimana pandangan saya mengenai pemblog-pemblog yang menggunakan tajuk artikel berunsurkan lucah, maksiat dan sebagainya. Rasa bertanggungjawab saya cuba menulis artikel ini untuk tatapan semua pengunjung dan sebagai melepaskan tanggungjawab saya kepada Allah.

Sepertimana yang kita ketahui bahawa Islam itu adalah indah dan cantik, kenapa pula perlu mencampurkan perkara kebaikan dan keburukan. Sepertimana menamakan tajuk-tajuk artikel berunsurkan zina dan maksiat. Ingatlah walaupun isi kandungannya tidak berunsurkan maksiat ataupun zina dan hanya bertujuan untuk menarik minat pengunjung ke blog atau laman web dengan tajuk seperti ini. Pengunjung berminat mengunjung blog atau laman web yang mempunyai tajuk berunsurkan maksiat itu dengan harapan untuk melihat maksiatnya bukan untuk melihat artikelnya. Sedar tidak bahawa pemblog itu telah menipu pengunjung dan juga menyumbangkan unsure maksiat. Ada dua dosa yang telah dilakukannya dengan niat kononnya untuk menarik pengunjung lebih ramai ke blognya. Contoh saya berikan di sini, artikel yang dihasilkan adalah berkaitan dengan ubat-ubat hubungan kelamin atau petua hubungan kelamin. Tetapi kita hiasi dengan gambar ranjang antara lelaki dan perempuan melakukan hubungan persetubuhan. Ada pula sesetengah pemblog menamakan tajuk artikelnya seperti Keghairahan malam pertama atau memecahkan dara malam pertama atau sebagainya.
Pengunjung yang melihat tajuk artikel atau banner iklan yang dipasang dimana-mana blog seolah-olahnya blog tersebut mempunyai gambar-gambar atau cerita-cerita lucah, tetapi bukan kerana tajuk atau banner blog tersebut adalah gimit atau pelaris untuk menarik pengunjung lebih ramai ke blog atau laman web tersebut. Jelas dalam Islam bahawa perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu juga jelas. Jangan dicampuri keduanya ini, kerana benda yang halal tetapi dicampurkan dengan benda yang haram akan menjadikannya haram.
Kesimpulannya masih banyak lagi cara dan teknik untuk menarik pengunjung ke blog anda. Lakukanlah dengan perkara yang dihalalkan oleh Islam, kerana Islam menegaskan jangan hampiri zina apatah lagi melakukan zina. Tajuk artikel atau banner yang lucah adalah sebahagian cara untuk menghampiri zina, mungkin bukan niat pemblog tetapi bagaimana pula dengan pengunjung blog tersebut. Dalam masa yang sama sedar tidak sedar telah membangunkan sahwat pengunjung dengan tajuk dan banner yang berunsurkan lucah. Nasihat saya elakkan perkara ini, kerana dosa bagi orang yang menghampiri zina sangat besar dan berat. Carilah cara yang dihalalkan Islam, kerana rezeki yang diperolehi adalah halal dan akan membentuk darah daging yang baik kepada diri kita, anak-anak dan isteri kita.sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

Artikel Paling Ngetop

Latest Malaysian Blog Headlines

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...