Home
>
Politik
> Gagal bantu punca masalah keluarga :Mat Jusoh
Share
CHENULANG - Hasrat pemimpin Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa kejadian pokok getah tumbang di Kampung Pasir Jering, dekat sini, tidak kesampaian selepas timbul masalah di pihak anggota keluarga mangsa.
Penghulu Mukim Chenulang, Mat Jusoh Mat Nor berkata, peruntukan awal untuk membaiki rumah ke-luarga miskin terbabit yang rosak teruk dalam kejadian itu segera diluluskan Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.
Menurutnya, peruntukan itu bagaimanapun tidak dapat digunakan selepas salah seorang anggota keluarga terbabit, juga abang mangsa tidak membenarkan bahagian rumah yang musnah itu dibaiki atas alasan membabitkan harta pusaka.
“Bila usaha kita nak baiki rumah ini gagal, Ustaz (Abdul Latiff) bersetuju menukar peruntukan kepada projek bina rumah baru secara gotong-royong tetapi kita kena cari tapak baru.
“Rumah yang rosak ini memang peninggalan arwah ayah mereka walaupun tapak rumah sebenarnya atas rizab jalan,” katanya kepada Sinar Harian: di sini, semalam.
Beliau mengulas perkembangan terkini seorang penduduk Mukim Chenulang di Kampung Pasir Jering, Ab Rahman Nor, 27, dan tiga lagi ahli keluarganya selepas ke-luarga miskin itu menjadi mangsa kejadian pokok tumbang pada 2 Januari lalu.
Kejadian memusnahkan ruang tamu rumah yang kini hanya tinggal dapur dan bilik kecil itu turut nyaris mengorbankan abang Ab Rahman, Muhamad, 59, juga seorang orang kelainan upaya (OKU).
Isteri Ab Rahman, Rohaya Hassan, 23, dan anak sulung mereka yang baru berusia empat hari waktu itu juga bernasib baik apabila berada dalam bilik ketika kejadian.
Mat Jusoh berkata, selepas mengenal pasti lokasi untuk kediaman baru kira-kira 500 meter dari rumah lama dan bersebelahan rumah seorang lagi abang mangsa, kerja menyiapkan tapak sekali lagi ‘dihalang’ orang sama.
“Semua bahan binaan sudah dibeli untuk buat (bina) rumah baru tapi bila kita nak masuk siapkan tapak, abang dia (mangsa) tak benarkan atas alasan sama, sebab harta pusaka.
“Sekarang ini kita tak tahu lagi macam mana nak bantu mangsa walaupun kita memang kasihan dengan nasib dia terpaksa duduk dalam keadaan rumah sekarang,” kata Mat Jusoh.
Beliau berkata, perkara itu perlu dijelaskan agar semua pihak terutama masyarakat setempat mengetahui punca sebenar rumah mang-sa sehingga kini masih belum dibaiki dan projek membina rumah baru tidak dapat dilaksanakan. |
0 ulasan:
Catat Ulasan